Friday, October 21, 2016

manjanya si puteh


Assalamualaikum cerita...

Baru berangan nak savinggg la sikit gaji ni..roadtax+insurans mati tanggal 27.11.2016 neh..

puteh ceq sakit pulak dah..pasni la fikir nak pergi ke bengkel pulak... 

tup tup*

ni haa kejadian baru pulak tetiba...

bertabah la duhai hati yang jitu perkasa lagi tiut mitutt nenott...

malang tu tak berbau..kalaulah berbau dah lama manusia macam aku ni mengelak...

tentiuu mak jah..mak tolong ceq cari pembaik cermin...tentiu encik razak tolong kin..kalau kat kedai mau teruk kin kenaa.. kin tau puteh ni sejak mengenal cinta ni, dia selalu sakit-sakit..dah rezeki kin...sampai mak suruh pasang surah rukhyah..haaa

PUTEH, aku sayang hang tau...banyak jasa hang kat aku..bawak aku balik kampung...bawak aku merata laa.. aku tak suka orang buat onar kat hang walau kadang aku tak jaga tak cantikkan hang.. sebab tuan hang tak rajin sangat pun tapi dia punya kasih sayang memang paling WOW ! hee

Aku nak jaga hang sampai aku dapat peganti nah..ehh salah salah..sampai bila-bila..

kalau aku tak mampu nak jaga dah, aku cari tuan yang terbaik untuk hang (adik aku). ngee

telefon umi, haih serbasalah nak bagitahu dengan umi kesayangan beta pulak tak sihat berapa hari..kalau tak bagitahu kang dia dapat tahu dari orang lain pulak..kang sentapp pulak ibunda tercinta... 

pasal umi*beberapa hari lepas dapat tahu tangan dia terluka..terkena pisau..
kena 3 jahitan yang sepatutnya 5 jahitan..umi mintak kurangkan..hmm dengan aku henfon rosak..dah aku taktahu langsung keadaan luka umi.. hmm sedih..sangat sedih...

sebab terbayang...dengan umi tak sihat, lelah dia datang...tangan luka..nak meniaga pulak lagi..kuat sungguh umi..

hmm kaklong tak boleh la dengaq umi tak sihat macamni..rasa macam nak balik sana taknak mai sini dah...

haihh...shikin nih!


muka tabah ngat ngat



dah laa...

cerita takkan habis...

ni haa mak ! maceh makk..

senyum kittttt !


Tuesday, October 18, 2016

sombong

Assalamualaikum sayangs.

sombong??? 

hee..

buntu sungguh rasa, tak tahu nak memaniskan muka dengan sewajarnya. senyum tak semanis gula, muka sepahit teh jepun. 

macammana lagi nak khabar yang sombong itu bukan ashikin.

tegurlah dia, nescaya dia boleh bersuara. dia bukan bisu cuma dia tak manis :)

so? 

ramai kah yang punyai permasalahan sedemikian rupa dan wajah..?

dia tak pandai beramah mesra, tapi once dia gila..kesungguhan gilanya melebihi luar jangkaan. percayalah..HAH! *gelak tak sampai*

kecik hati cikkin, sebab dia bukan sombong. dia pemalu. malu yang punya banyak tempat. 

jangan lagi dipandang cikkin sombong, sesungguhnya terguris benar.

MASALAH : sukar mengenal wajah, nama !!! 

takda lagi solution untuk masalah yang demikian. jangan disuruh yang enggak-enggak. pernah seorang kenalan bagi suggestion "haa,ingat nama dia tampal dahi tu'', tahukah dia, cikkin terasa >_< 
rasa macam nak hentak umbun-umbun dia pakai bata, haa baru paham erti penyesalan. huaaa betapa kejamnya ashikin yaa tuan-tuan dan puan-puan.

bila ada masalah mengingat, mula laa ada masalah yang seterusnya dan seterusnya...boleh fikir sendiri rasanya..HIHIHI...

jadi saya, ASHIKIN mencari seseorang yang memahami dan sudi menjadi diari sepenuh masa dan bayaran melalui kasih sayang yang tidak berbelah bagi. KAHKAH!

sila pm tepi..............................................................................longkang~

yang ikhlas,

zahratul ashikin binti mohammad


Monday, October 17, 2016

dua dunia


Assalamualaikum..

Penghuni tanah..

Bukan semua yang terlahir itu terdidik dengan sempurna..faham..

Namun kita punya hati..punya segala kebaikan yang ALLAH beri.

Tercetus juga dek hati, melihat ketidakwajaran manusia yang laparkan penyanjungan namun dia  memijak yang lain untuk mengenyangkan diri sendiri.

TIDAK patut.

Semua manusia itu sama..yang membezakan cuma darjat.

Ya darjat. darjat yang dia peluk di dunia. dengan kemegahan itu dia berkuasa.
 Tak semua yang berkuasa itu gila.

*Situasi leka.

Jangan pernah melihat diri itu setinggi gunung..walhal akan dilapah tanah juga.

Yang kerdil juga bermasalah. bukan semua patuh.  Terlihat diri sempurna umpama helang mencari makan. Dilihat-lihat meninjau mana salah patut di petik bagi menampakkan dia lagi utuh. yang lagi kerdil? hanya menjadi makanan ‘junk food’ celahan gigi yang tak mengenyang tapi sampingan yang berbaloi untuk dikunyah.


Pokoknya, 

bukan semua benar.
bukan semua salah.

Hari Kawen Tyra

Assalamualaikum.

Tolong jawab !!!

Acah cikgu tak jadi... hee

Tarikh keramat seorang sahabat diberi nama comel 'tyra' 07 oktober 2016 berjaya menamatkan zaman bujang beliau dengan jayanya. ALHAMDULILLAH.

terima kasih sahabat sebab berjaya memupuk semangat sahabat-sahabat lain untuk mendirikan rumah tangga kelak. si tyra ni kan, dia ni lah manusia yang berjaya buat aku sendu sendiri kekadang tu... masih segar dalam kepala hotak aku ni tyra, masa jadi makmum hang dulu, sampai mencurah ayaq mata aku menangis dalam doa..doa yang hang baca masuk terus tembak jantung aku yang keras tatkala masa tu... serius RINDU !!! terima kasih TUHAN kenalkan aku dengan mereka. yang ajar aku kenal serba sedikit dan mahu terus di jalan mu YA ALLAH. walaupun aku bukan lagi berhijrah sepenuhnya, tapi aku bersyukur sedikit sebanyak mengubah aku yang kadang leka.

aku sangat berterima kasih, sangat-sangat!

TYRA!!!

masa majlis hang lah kita sempat berkumpul ramai-ramai.. ingat tak syg? terima kasih tau...

cepat sungguh masa berlalu. moga tyra dan pasangan bahagia sampai  bila-bila..sampai jannah ALLAH. dapat anak-anak comel..yuhuuu.. auntie tak sabar! KAH!

Lepasni Cik Adura pulak dengan pasangan nyaa... Adura!!! Selamat mendirikan rumahtangga ya Cik Cantik...

HIHIHI...

SAYANG SELALU..MMUAHH



HIPOKRIT

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera.

'HIPOKRIT'

okay...nak belajar sikit nih..sebab tak pandai...hee

sebut senang tapi nak terjemah tuu susah kan??? semua orang boleh sebut,berkata-kata mahupun melantang kan suara : HIPOKRITTTT!!!!!

hipokrit :: orang yang bermuka-muka.didepan baik dibelakang astaghfirullahalazim.

tapi sedalamnyaaa adakah faham benar?? aku pun selalu tersuara, bila ada yang tak kena dimata dihati ditekak...mula laa aku petik jugak perkataan yang kadang tersebati bila terjumpa manusia talam dua muka...hahaha tapi sebenaqnya diri sendiri pun tak berapa faham untuk terjemah secara kasar.

satu keadaan bilamana aku terbersua dengan keadaan yang langsung tak menyenangkan jiwa, berdepan dengan manusia dua alam...maksud aku tahu lakonan duniawi tanpa dihidu..ourgghhh betapa busuknya hati ini mengumpat secara kecil-kecilan dalam hati...sungguh aku tak tahan..

sampai kadang aku terlalu negatif dengan manusia yang sepatutnya tidak bermain talam. hmm... okay itu salah diri yang khilaf ni... andai terguris,maafkan..

sepanjang 'pengobservan' aku, ambuihaii ayatt tak boleh tahan! aku berjumpa jugak dengan spesies yang tak mampu nak pupus ni..antara hidup nak jalani atau hiraukan jerlaa.. agak sukar aku nak tafsirkan, kebaikan seseorang boleh diukur melalui apa... kadang mata kasar aku lihat, manusia ini punya agenda tersembunyi yang agak menakutkan.. khuatir untuk menjerumuskan diri, yerlaa aku sendiri tak faham apa lagi yang dikejarkan...biarpun kekayaan dia punya,apa lagi mau wahai penyapu?? vaccum sahaja semua dustaa..

untuk hal yang punya agenda, bolehkan dia juga dikategorikan sebagai "hipokrit?"

ataupun semua manusia yang terlahir patut punyai agenda tersendiri... ataupun sepatutnya kita tukarkan kepada 'tujuan'''? hmmm...

tapi nampak macam lagi baik if tukarkan jadi 'tujuan' dari 'agenda'..macam meetinggg sangat dah rasa.. tapi betulla bukan semua manuisa kita kenal tahu berniat baik..ada jugak yang tunggu masa nak jatuhkan kita...nauzubillahiminzalik...

tak mampu nak pikir sejauh mana jiwa hipokrit mereka andai bertandang muka dengan aku, apa patut aku buat..?? tapii sebenarnyaa, memang selalu terhadapi...soalan itu telah basi..sepatutnya mati tanpa soal...juga noktah takkan pernah wujud dengan manusia sebegini...

cuma kuasa yang kita ada, tempuh seakan melihat drama petang dan menghadam berita politik semasa. andai aku lemah, aku minta DIA bangun kan . andai aku kuat, aku minta DIA ingatkan...yang manusia ini bukan lah TUHAN. mereka tidak punya apa. mereka tidak punya kuasa kecuali zahirnya mereka berkuasa tapi tidak melepasi sezarah pun kuasa TUHAN. andai aku jatuh lagi, aku tahu DIA sentiasa ada.

Moga segala kekhilafan mereka dan juga aku diampunkan TUHAN.


Tuesday, September 15, 2015

masa tu...

Assalamualaikum .

" tak jawab dosa , jawab sayang " - ehh tetiba pulak laa tagline maria elena singgah blog i .


wah i love her ! i adore her ! kalau tengok kegilaan dia masa buat vlog, mau tergelak aku dok tafsir satu satu butir benda yang menggeletek usus.
tak lupa jugak , my super hero blogger plus vlogger MATLUTHFI.. ouch ! itu satu lagi . makkk!!! ceq sukaaa .......!!!

maksud mendalam baqhiang dia tu kalau berkarya. menerobos bab politik, isu perkauman, isu semasa sumaa la padahai belajaq kat obesi nuh. mana p dok kaji taktau laa. dia ni belajaq bab engineering kan..? aku pulak keja sipi sipi kat bidang tu jugak even tak jadi student tapi uruskan student engineering kira half of part la kan.. hahahaha..
kot kot la dia nak mai UM ni nak bagi motivasi ka apa ka, iniii peluang besaq buat aku untuk menatap otak dia yang genius tu. bagi aku lah, dia memang genius, tersamping samping lawak gila dia tu... apa pulak 'tersamping samping' haa... ini sebab lah aku boleh kena reject kalau buat novel ilmiah. patutnya campakkan aku kat indie novel cun gak. heeee..

ehhh sudah lah aku melambung puji depa ni. hihihi



actually....




tujuan asal aku tekan huruf ni lain betul yang keluaq. so ini lah kekreatifan wei. hang bagi 1 idea dia bercambah jadi 8 cerita. hang tau pa. hahaha

*sebenaqnya lupa*
tetttt.............

.......................................*

tadi...masa aku rabat tangga nak ke pejabat kimia yang dok ada atas bukit ni, otak aku ni ligat dok membuak idea. ehh hilang !

cait.. dah la dahlaa .

Jauh melalut.




bye bye mmuahhhh hahahaha

Sunday, September 6, 2015

3 hari 2 malam pulau redang

assalamualaikum centa...

*jawab la sambut cintaku* wahahaha !!!


tengok tajuk pun dah boleh shot lahh apa aku nak bebel.


serius tak tipu memang syiok..

menghabiskan masa dengan kesayangan . oohhh macam tanak balik weh !

aku berlepas hari jumaat malam 31 July 2015 berteminal di TBS.

aku ni kalau first time nak jejak memana memang macam takdak arah sikit, takut hapa entah laa nak ke TBS tu. cuak ! selamat laa kak amy ngan kakatin teman penguat semangat. okay pasni maybe aku boleh dah berdiri di kaki sendiri. kalau nak diingatkan, sangat comel muka dua orang akak cun ni. mana taknya, macam nak hantar adik ke sekolah asrama. tindakan depa buat aku terharu gila !

okay sampai blablabla tunggu blablabla ktm blablabla SAMPAIII !!

benda pertama, call membe yang da sampai, okay DAPAT !!! mata aku ni boleh tahan rabun di kerimbunan orang tak nampak manusia yang aku tunggu tunggu nak jumpa.

FINALLY....... "ehh gee kaa tuu" .... pastuuuu...... uwaaaaaaaaaAAA!!! *pelukpeluk* rindoooo arghh nanges nanges macam kanak tadika rasa. ohh sungguh maluunyierr...

okayy berkompol semua.... sebak rasa !

okay lepas tralalalalalalaaaa, turun beratur tunggu depa tengok tiket apa semua cari seat sebelum depa announce nama, apalagi snap gambaq *perempuan syangat punya perangai*...

Okay lah dapat bas naik lahh sorang dua seat. haa rasa macam boleh buat katil ni... perjalanan jauh ingat nak selesa jaa laa. alih membe aku zuariah tak bawak sweater.. wei benda penting tu sayang oi. okay tak mengapala, sharing is caring.

dikeheningan malam yang membuak beku , aku taktahu drebar pasang berapa suhu ekon dah rasa macam duk kutub dengan beruang putih . perghh. sejuk tuu sampai ketulang. aku ni selamatla kalau dah tidor tak ingat alam. so sejuk gaban pun boleh jadi kulit biawak bila lena. celik jaa tetiba rasa kat genting. wuhuuu !!!

singgah cherating apa entah namanya, untuk penumpang dengan sekali drebar buang hajat kaa amik hajat kaa tak kisah laa asal bahagia. selesai satu bab, berjalan lahh semula dengan kesejukan yang melampau tu. wahh macam macam gaya adaa, selamat otak ni waras lagi ja ingat itu bukan RUMAH !

hampir subuh sampai "hentian bas majlis bandaraya kuala terengganu" .gelap gulita tak tahu kemana akhirnya kami bergelandangan bersama sama si si si yang tidak berkasut . call van yang dah di plan memang nak disewa tak hangkat. positif! lena lagii ni.. okay tunggu aahh boleh subuh situ.

satu benda laa aku perasan datang setiap terminal,stesyen or mana mana laah, yang aku nampak effort pencari rezeki. maksud aku, pembawa teksi, kereta sewa, kereta sapu and so on. bukan senang beb nak cari pelanggan subuh subuh gelap gitu. huhh tabahnyaa depa. aku ni memang tak boleh tengok pakcik pakcik tua ni, asyik teringat abah tercinta kat kampung.. arghhh *menangis dalam hati*....

settle bab tu, tunggu punya tunggu subuh punya subuh lepak punya lepak dapat la meggi secawan .. HAHAHA ! bukan itu, dapat la van yang ditempah. datang ja abang van yang aku lupa nama dia. okay sembang punya sembang, sampai laa kat jeti...

dalam kebahangan pukul 9 lebih tu terasa bebeno. benda pertama dalam pala 'BURN' !!! aku ni fobia dengan perkataan tu. haa laa aku susah gila nak baik bila burn. harap member paham la kott bila aku merungut aku hitam. hahahah!!

tunggu jeti dengan beberapa lagi group yang aku tak kenal dan tak bercakap. jangan kata sombong beb. aku ni kalau peramah sangat pun susah. aku lupa berenti bercakap sapa nak stopkan? hang? hang? hang?? hahaha takda la , jauh disudut hati palinggg jauhh, malu sebenarnya. kalau ada yang kondem gak taktahulaa...

weii akhirnya sampai jeti pas dapat bot. barang barang gajet asingkan. hang taktahu macammana dia lambakkan beg beg kat bawah bot..? membe aku patah terus plasik kancing beg dia. inikan pulak gadget. tak salah depa laa, dah ingatkan awal awal barang berharga simpan tempat lain. kang tak pasal ada yang menyanyi lagu 'kajol putus cinta plak'.

sampai resort.... lalu jeti tengok laut terbentang luas, otak mula fikir, mana duyung ni, pergi open house kat laut dalam ka... hahahahambar*** hahaha

lalu jeti tengok laut tembus ke pasir halus kaler putih, waaahh betapa mulusnyaa pasir betapaa jernihnyaaaa air. macam nak terjun baqhiangg.... *macam pandai berenang*

check in masuk bilik, wahhh sedapnyaaa bantal sedapnya katil bagaikan pau panas memanggil manggil nak masuk ke perut...

alih alih TAK REHAT WEHHH...

petang tu nak snorkeling. apalagii kemas sikit sikit cari baju yang sesuai nak terjon ni. tapi tengok baju takda la sesuai sangat . patut pakai .................. wahahahhahah !!! dah dahhh melayu lagi islam pakai sopan ahh sikit. jaga tatasusila byebyesusila sumaa ada... biasa laa yang pegi ni gades gades takda bodyguard kott!

sebelum terjun, kepada yang tak biasa macam kami ni. pergi belajar bernafas dalam air dulu. main terjun jaa mau lemas telan ayaq garam nanti. okay settle bab belajaq. thanks to 'encik' lupa juga nama yang mengajar dan menolong menangkap gambar tanpa segan dan bantah. hahaha sukaaa kami.

takdan apa basah kuyup suma naik bot pegi laa terjun kat marin park apakah nama lupa. cuaca CUN!

tapi sebab first time pakat cuak. ombak mengganas sikit tak ayu macam ombak depan resort. datang la mamat pulau nak bawak sekumpulan aweks pegi tengok laut cantik. disebabkan first time, suma acuh tak acuh. prefer untuk main dekat dekat jaa. ada yang injured ada yang penat ada yang tak konfiden. aku pun tak konfiden! geli kaki tak cecah tanah.

lepastu entah kenapa terberani last minit, 'encik' tu macam bersungguh nak tunjuk tempat cantik dalam laut.

aku melangkah dengan erm....... entah nak kata antara yakin tak yakin. yerla aku ni takut air jugakla...

wahhh beranikan juaa, pergi laa jauh sikit dari gigi air, SUBHANALLAH !!

CANTIK !!! tak sia sia aku ikut. encik tu tunjuk skill berenang dalam air ala ala mermaid versi lelaki. amboi terpesona sat.. aku mampu tengok ja, nak menyelam macam dia alamatnya lunch aku kembung dengan ayaq garam lahh. dalam hati tak henti henti puji,'ALLAH cantiknya lukisan mu.' 
aku nak bagitahu secara spesifik benda yang dia tunjuk pun bukan aku tahu namanya. memang cetek info betulla aku ni.

dah ombak semakin mencabar, semua yang berenang diminta naik kedarat untuk pulang ketempat masing-masing. tak puas rasanya. 

hai kawan-kawan termasuk aku dah lembik dah, mana taknya waktu rehat kami kacau bilau, rabak mata. balik resort macam nak rehat. malam tu tidor awal nou aku ni. adeii ikin ni memang lahh, macam budak tak boleh letih sikit , mengadaa !

bangun pagi, ready nak buat aktiviti kat tempat baru...snorkeling laa... sesi pagi dan sesi petang. selesai tengok keindahan alam. balik resort dengan berjuta kenangan. paling tak boleh lupa untuk diri kecil ni, bila 'encik' bagitahu, kalau bertuah boleh jumpa baby shark.

erm aku mengetar jugak laa maybe sebab banyak tengok filem omputih shark jahat. 'encik' tu dah taktahu nak buat apa bila aku cakap 'taknak shark taknak shark tak suka shark takmau jumpa shark '... dia tenangkan aku dengan bahasa ganu nya yang kadang aku tak paham bunyi agak kelucuan. aku translate jer lahh bahasa aku sendiri paham...'shark takda kat sini kalau ada anak nyaa ja bapaknya takda,,shark kat area belah sana tuu, jangan risau shark takda kat sini, jom tengok laut....' haa cemtulahh...

seronok ikut encik tu sebab dia suka selam kedasar sambil tunjuk hidupan yang cantik. kadang dia main dengan binatang yang boleh bukak tutup kaler ungu tu.. apakah namanya ya?? hahha lupaa...sangat cantik...

perjalanan pulang ke resort terasa lama sebab tetiba rasa pening. sampai resort bersedia la nak makan, lapar memuncak. serious makanan yang dijamu semuanya sedap belaka. puas hati tahap kuasa sepoloh.

okay masa untuk beriadah. 'main bola tampar' wuhuuu... seronok tak terkata. memula geng tak kuat, main halai balai. ehh tetiba orang pulau join, terus rancak. aku ni pulak jenis tak mampu diam bila pegang bola tampar. mulot terbiasa bising.  happening sangat dengan hadirnya manusia yang taktahu apa itu serius. sakit perut gelak tak henti...

sudah laaa, menampar bola, kami mula nak main ombak. ahh kalah kanak kanak. ada ka patut lawan ombak sapa kuat? hang rasa??

dah dah aktiviti malam, main sambung pantun dua kerat. sapa tak boleh sambung pantun kena denda.. ada yang sanggup didenda daripada berfikir pantun.. aishhh pun boleh. apalagi bagi dendaa jalan itik, jalan depan orang sentuh net bola tampar, jalan jauh round kerusi.. hahahha.
dah agak nak beralih, main pulak 'korum' ahh taktahulaa ejaan dia cmena jentik pin leper tu sampai sakit jari tuu..tinggal satu buah tu yang mencabar tu. huihhhh last last aku yang skor.. wahahaha sebaba mengantuk maybe...

hari last, hurm.... berkemas nak balik .. sesudah bersiap, pulang tunggu bot untuk kejeti. sebelum tu kami lantik photographer luar snap pic kami . hahaha bertauliah sangat kans.

da penat mengarang laaa,,,,

uwaaa....

okay lah sampai kat stesyen bas, masing masing pulang ke kehidupan masing masing. dengan tangisan ...

lemahnya seorang shikin. huhhh...



K.bai
Ckup la sekepinn . wuuu  .