Saturday, July 27, 2013

jodoh

bismillah..
assalamualaikum cinta, 

Sesetengah kita yang masih tertanya-tanya kemana hala tuju kita kelak.. salah satunya pasti  mengenai jodoh.. kan? Ermm aku? Aku pun sama.. masih lagi setapak dua melangkah mencari kepastian akan dia. ALLAH maha mengetahui akan baik buruk yang terjadi..aku tidak perlu pendampingku berkereta mewah, rumah besar, wang berkepuk untuk memiliki cinta abadi cukuplah mampu hidup di dunia tumpangan yang sementara dan berbekalkan ilmu akhirat yang selamanya..hanya itu yang aku dambakan dari bakal suamiku... Andai yang terjalin hanya mainan duniawi, maka jauh lah harapan menggunung bak ditarah rata menjadi kawasan tandus.. aku sering tertanya, adakah ini benar petanda dia yang terakhir.. jika dialah insan itu, setinggi syukur aku tadahkan kelangit.. andai dia tahu, jauh dilubuk hati ini hanya inginkan dia menjadi pendamping dunia akhiratku.. dengan izin ALLAH.. ya.. kita hanya merancang, tapi maha pencipta mengetahui perkara terbaik yang sepatutnya berlaku.. DIA maha AGUNG..persoalan..adakah ini yang dialami mereka sebelum bergelar dewasa? Hidup ni terlalu singkat untuk diperjudikan, tetapi itulah hakikat yang sudah tergaris.. kita perlu mempercaturkan sudut yang sempit agar menjadi luas kelak. Kita sering mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia.. lagi bermakna dengan insan yang amat kita cintai.. begitu indahnya .. harap apa yang diimpikan terlaksana sudah.. hanya masa yang menjadi jarak penghitungan.. duhai diri,bersabarlah.. andai itu takdirnya...aku andaikan jarak beribu kilometer ini sebagai penguat ikatan pertunangan kita..kesedihan yang tak patut dilihat akan menjadi seuntai ketabahan yang berada ditebing hati.. rantai ikatan akan dijaga rapi.. usah gusar usah ragu ketulusan disini..bahkan aku yang perlu gusar kerana aku tak mampu lihat hatimu adakah sekukuhku... jangan pernah cuba untuk berubah..

bakal berjauhan

ASSALAMUALAIKUM...

Pagi Cinta :)

harini nak post dua kali.. tadi dah galak menaip dah.. sekarang pun nak rakus menaip lagi...HAHA.. eh jangan silap dengan 'haha'bercaps lock tu ..bukan haha running man tu tau.. spa peminat running man taw la gamaknyer.. awak awak suma... aku nak bercerita ni.. perempuan kadang-kadang nampak lemah macam daun tapi dia kuat taw..kadang-kadang dia gelak huha huha luaran ja dalam hati bukan ada taman lagi tapi ruang taman permainan yang usang. lalala phm ka? nak kata aku pun camtu lah eh.. excuse me ! uols aku pun tak terkecuali dengan benda-benda ni la.. kita sendiri merasa kita taw la kan.. ye tak? AND, sekarang aku ... ya aku nga bersedih.. tapi nak jugak rakus menaip.. betapa rakusnya kesedihan aku ni.. hahahahaha... ya la, bila kita fikir dengan logik akal, sedih tu jugak sebenarnya ketabahan dalam diam yang dapat kita petik bila kelam.. perghh,, sorii la aku mang suka main ayat.. kata nak jadi novelis..ye tak? eh dah kelaut ni.. ok ok balik kedaratan kembali.. hehe.. ramai menyangka yang airmata itu cuma tanda kelemahan..and obviously kaum lelaki la menganggap macam tu.. tapi bagi aku tak pulak.. kat mata aku, tangisan ni tanda dia nak naikkan semangat dia balik.. dalam nga dok teriak (nangis), kadang ada suara halus membisikkan kekuatan.. sapa pernah, ANGKAT TANGAN ! hehe .. suara halus jangan pkiaq (fikir) benda lain pulak.. mengucap la kome(awak).. haish .. manusia mana la yang terkecuali dari bersedih? cer petik nama sapa la yang paling bahagia selain orang kat wad sana tu? takdak kan? ini la nilai kehidupan.. air mata takkan selaut dalamnya.. inn sha ALLAH ALLAH sentiasa disamping kita ... hidup kita berpaksikan DIA.. :)

aucak ! grr


Bismillah...

Assalamualaikum ,


Ouch ! susahnyer nak online kat sini, nak update pun syusyah.. titew ta syukew larh .. hoho grrr.. apa yang nak direpekkan kali ini? Hurm...

Uols... nak cerita ni...bagi aku kan  semakin kita nak kenal seseorang tu semakin kita tak kenal .. ye tak? Paham ke tak ni? Ya la ya la.. nak terang la ni... hehe..

Dalam kad pengenalan kita cuma tau perkara asas jer contohnya nama, alamat, nombor kod pengenalan tu. Tapikan, susah ea nk kenal pemilik kad pengenalan tu.. haha nampak tak merepek tang tu.. lalala ... aku tak merepek tapi kalau baca betul-betul paham la tu.. dalam mengenali individu yang ‘special’ utamanya.. kadang kita ‘lost’ tentang  attitude dia yang sebenarnya.. why ? entah la.. macam ilmu, selagi kita mencari selagi itu kita tahu banyaknyer la hai kurang kita dalam ilmu.. termasuk la dalam mendalami seseorang. Kan? Nak tak nak.. kalau itu pilihan kita, harungi la.. tapi aku pun kadang-kadang ‘lost’ jgk apa sebenarnya si  dia.. selalu ja bersarang lam otak aku ni.. otak tak mampu digest benda yang positive ja.. kadang tersangkut negative.. apa boleh buat.. kita manusia biasa. Seorang motivator jugak memerlukan seseorang untuk memotivate kan dirinya dimasa dia perlukan..  


xoxo full dengan cinta cinta.. daa...