assalamualaikum . pagi centa
...
pagi yang indah sesudah subuh tidak dapat melelapkan mata walhal lena ku dicuri masa semalam. tapi positifnya, after subuh better tak lena. jauh jea rezeki nanti tak terkejar pulak. ouch dah tak pagi rupanya. mata aku sempat 'mengerling' jam n agak ouh... ok ! haish..
hm tadi menderu idea nak menulis, tapi hilang sebentar. missing for awhile. takpa. biarkan ia berlalu. ceh ! kalau ikot topik ni, aku rasa perkara ni la yang aku dok pikiaq punya lama tadi. ya.. ada lagi saki baki boleh dijadikan celoteh huruf. aku, kita semua lah manusia penuh dengan kekurangan. banyak perkara yang kita sendiri terlepas pandang. menyesal? of course. titik penyasalan itu mengajar kita lebih berhati hati untuk kehadapan. eh nak move on tu okey jer,, kehadapan? erm segala tindak tanduk kita for future la..

eh kejap kejap, for sometimes, mybe bagus jugak ada perkara kita terlepas pandang. haha . eg? kita tak pandang pun orang yang nak ngorat kita . mana nak taw kita ni hanya dijadikan eksperimen dia ka apa ka. hoho. tayah pandang pun takpa biaq ja terlepaih.. dah kenapa aku ni? haishh. tapi tapi.... kadang sebab terlepas pandang ni la kita terlupa perkara yang tak sepatutnya. tambah lagi aku ni short memory (aku mengaku untuk kdg kala) . bukan taknak pandang dah tak terpandang. abeh tu? ambik la mata aku tarik aku tengok benda yang terlepas tu ha. so aku akan nampak dengan clear bukan setakat clear sekali semua sel sel otak aku berjaya dihubungkan untuk mengingat. ha amenda nih oi ara? ceh! melalutss dushh ! takdak idea nak menulis untuk sekarang walau dah meneguk peel fresh perisa oren tadi. mungkin perkara lain yang dok wat playground lam otak ni. layan kan ajer dulu kekusutan ni.

sampai sini dulu ketakhabisan tulisan -,-
assalamualaikum centa ..
apa yang aku buat ni ha? ya ini aktiviti kami serumah . alhamdulillah... diberi lagi kesempatan hidup dimuka bumi ini..we're not perfect. tapi kami mencuba sekurangnya apa yang kurang akan dijadikan kelebihan kepada para suami membimbing kami kelak.eh..sempat lagi mengambil gambar kenangan. bukan ni jer yer, video pun ada. biaq la vid tu sebagai simpanan peribadi. alhamdulillah dikurniakan sahabat yang masih berdiri di jalan ALLAH. sentiasa mengingatkan apa yang benar dan salah.
duhai sahabat, dikala aku kelam, kau sinarkan diri ini dengan bantuan ALLAH semua akan menjadi normal kembali. kun fa ya kun. jika ALLAH berkata jadi, maka jadi lah.kita sebagai hamba perlu berpaksi padanya.sahabat adalah anugerah ALLAH yang tak terhingga. sampai satu saat, diri ini tidak lagi diingati, akan tetapi kenangan ini takkan pernah aku lupakan..sayang aku kat kengkawan aku ni..
kalau nak diingatkan, dulu kami berlapan. sekarang bertiga. takpa.. syukurlah masih lagi ada. aku doakan yang lain da berjaya dengan kerja masing-masing. aku teringat lagi, kita pernah berjemaah sekali kat rumah. YA ALLAH, rindunya.. kita salu nangis. aku akan nangis dengar tyra habeskan bacaan doa. menusuk kekalbu. betapa hinanya kita manusia. dosa hanya mainan dan pahala? hmm.. hampa semua, aku rindu, aku rinduuu...
harap persahabatan kita berkekalan, sepanjang mengenali kalian, aku berubah mula mencari diri yang terhilang sebentar. lalainya manusia ni. lalai sangat.. sahabat.. maafkan aku jika pernah menyentuh perasaan sekiranya dengan tingkah laku aku kurang menyenangkan. hampa semua hebat.. ALHAMDULILLAH ...
assalamualaikum cinta ...
.....
apapun yang terjadi hanyalah chapter di dalam bab persinggahan dunia. manusia kadang alpa dengan duniawi bersifat sementara. kesedihan ini hanya lah secebis tanda aku masih lagi bersedia akan kehidupan mendatang. perkara yang hanya diluar jangkaan akan membuatkan kita berfikir sejenak bahkan berfikir secara mendalam. aku terlalu banyak menangisi perkara yang negatif tanpa usul periksa. ya aku manusia biasa. yang mana tamak akan kasih sayang. aku manja, aku manja dengan kasih sayang yang orang lain tak nampak. hati aku sehalus mata pedang yang dibahagi 100 . betapa halusnya. kerana kehalusan itu, aku terluka dengan ketajamannya. luka aku dalam sampai aku sendiri takut berjumpa doktor. aku biarkan ja luka tu. kononnya akan sembuh sendiri. aku silap.. luka tu perlukan doktor yang sama.dimana aku dah berjanji akan menjadi pengubat luka doktor itu jugak. aku dah berada di laluan salah. tapi dia membenarkan aku berada dijalan terus menuju laluan sendiri.
si dia tak nampak, aku seakan baby yang baru bertatih. tapi aku cuba tunjukkan kepada si dia yang aku mampu berlari. kaki aku tak kuat lagi. aku perlukan si dia..lagipun si dia, da berjanji nak jadi sebahagian dari aku. jadi aku ada pembimbing nak belajar terus berjalan dan berlari sekuat hati.sampai tahap itu, aku takkan pun tinggalkan pembimbing aku tu. aku akan bawak dia berlari bersama. tapi.....
aku kata hatiku sehalus pedang dibahagi 100 kan? tau tak.. pedang tu tengah menghiris aku. sakit.. si dia tak nampak tu. aku emosional? ya memang pun. sebab? kau salah satu perkara terpenting dalam hidup aku.. aku memang sukar difahami. kuatkan hati aku untuk menerima hakikat ni. andai ini salah satu lukisan yang aku coretkan, aku akan simpan lukisan ni dalam hati aku. semua tak sempurna. apatah lagi aku. luahan kata ni hanya untuk mengingatkan diri aku tentang sesal aku. kenapa dan kenapa?

cuba ambil tahu mengapa.. aku punya silam. aku punya luka. keadaan sekeliling aku memaksa aku menjadi seorang yang terlalu menjaga. aku mengharapkan penghujung cerita kita kekal sehingga mata kita dipejamkan selamanya. fahamkah kamu? harapan aku setinggi langit. aku dah mula terumbang ambing jatuh perlahan. bila jatuh ketanah, hancur aku. aku susah difahami, aku susah difahami.. tetapi akan menjadi mudah jika kau tau caranya. aku berseni fkiranku bukan ditepi kotak, aku lembut walau kasar zahirnya, aku mudah tersentuh walau aku keras katanya. biarkan aku . andai ini takdirnya. biar kan aku. dengan dunia aku sendiri. tangisan seakan telah diseka. aku bersedia apa pun cara. jika ini yang tertulis, kita sendiri tidak mampu menolak. namun setiap doa ku ada namamu. jika dia, lah jodohku, engkau tautkanlah kembali kami,kau ikatkan kembali tali pertunangan ini, jika dia bukan jodohku, engkau jauhkanlah perasaan sayang dan cinta ini supaya aku dapat melihat hari mendatang kelak.