Friday, October 4, 2013

suatu dulu



assalamualaikum centa :)
ini ceritaku*

Pada waktu itu ia kali kedua aku terdetik suatu perasaan yang aneh. Malam tu aku mula duduk sendirian di luar rumah. Tiba-tiba pintu rumah jiran terbuka, keluar seorang budak lelaki. Dengan senyuman ikhlas dia lemparkan entah kepada siapa. Aku mula melihat gerak tubuhnya berjalan perlahan menuju ke kereta. Dia meletakkan kedua tangannya memegang dan terus berjalan mengelilingi kereta. Aku melihat senyuman dibibirnya. Sedang leka dia berjalan tanpa menyedari ada mata memerhati. Dan sesuatu yang tak mungkin berlaku sekiranya dia tahu aku ada di situ kerana dia seorang BUTA. Aku syahdu memandang dia seakan gembira dapat melangkah setapak dua tanpa bantuan sesiapa. Aku terlalu asyik akan keadaan itu sesampai tidak sedar akan air dingin jatuh menerus tanpa diseka. Aku mungkin sedang menyelami apa yang dia sedang rasa, tapi tidak mungkin aku akan dapat mengerti persis apa yang dia lalui kerana dia lebih mengetahui. Dia yang aku tahu, bukan terlahir dengan kecacatan,  tetapi berlakunya insiden telah membawa dia kepada takdir. Dia diberi masa untuk melihat kecantikan dunia sebelum diragut untuk menguji sang hati agar lebih bersabar. Dia seakan sudah biasa akan keperitan itu. Baru aku tahu, rupanya fikiran aku melayang pada ketika itu adalah kerana pertemuan pertama kali aku dan dia telah mengusik jiwa aku sebentar. Sedang aku mengelamun, kelibat dia mula kelihatan. Ketika itu..


******
Aku termenung, otakku kosong tidak memikirkan apa-apa. Petang itu terlalu cantik untuk tidur. Jadi aku membuat keputusan untuk melihat orang lalu lalang. Mungkin akan menghilangkan kebosanan aku untuk seketika. Mata aku tertarik memandang satu kumpulan yang sedang berjalan. Dalam satu kumpulan, mata aku lebih tertarik kepada seseorang. Aku memandang wajahnya seakan imam muda yang tidak pernah berbuat dosa. Ceh. Siapa yang tidak pernah berbuat dosa? Tapi wajahnya seperti dilimpahi nur. Ketampanan dia akan memukau hati gadis, apatah lagi aku ketika itu yang iman hanya setinggi buku lali. Aku hanya mampu melihat, akan dia berlalu pergi dengan kegirangan terpancar diwajah. Sedang dia melayan kumpulan kanak-kanak yang dia bawa bersiar-siar, mungkin dia menyedari ada yang memerhati terus aku jatuhkan pandangan tanda mengerti. Selepas beberapa bulan, aku mendapat khabar yang dia telah meninggal dunia kerana barah. Aku terdiam dan hanya mampu menghadiahkan al-fatihah kepadanya. Tidak aku duga, senyuman itu adalah penawar dia untuk melawan kesakitannya. Dia lebih memilih untuk terus hidup dengan gembira dari menderita. Dia akur dengan takdir. Allah tahu apa yang terbaik buatnya..


Thursday, October 3, 2013

rumput


assalamualaikum centa ...

baru baru ni sahabatku berdiskusi sesuatu dengan aku...
sahabat aku telah mengandaikan rumput sebagai kesimpulan kepada permasalahan yang mereka juga hadapi. Aku puas jugak berfikir akan maksud tersirat dan tersurat yang mana dia mengandaikan sebuah padang luas dengan berjuta juta rumput. Duduk sejenak setelah bertanyakan kepada seorang lagi sahabat mngenai kesimpulan yang sudah disimpulkan baru aku beroleh jawapan. 

Perlukah aku andaikan aku hanya satu dalam berjuta rumput ataupun aku manusia yang terus tidak memilih mana-mana rumput yang ada dipadang tu kerana aku mahu terus kehadapan untuk mencari rumput yang paling sempurna. Aku agak jauh berfikir sampaikan aku rasa aku lah manusia yang menyuruh orang itu memilih rumput pilihan yang mana paling sempurna tanpa patah kembali untuk melihat rumput yang baharu dilepasi. Yang aku tahu, sedang dia mencari, manusia itu sudah mahu mengambil sehelai rumput yang di rasa sudah sempurna tetapi dia berfikir mungkin ada lagi rumput yang lebih cantik dari rumput tadi..sampai penghujung padang, manusia itu berpatah balik dengan perasaan hampa.. dan berjumpa kembali dengan manusia yang menyuruhnya itu dengan tangan yang kososng. Mungkin kerana kesempurnaan itu yang menghalang dia untuk tidak memetik sehelai rumput. 



Tapi aku ada jawapan tersendiri*

jika aku rumput itu ... aku akan biarkan sesiapa sahaja memetik aku..

jika aku manusia yang mencari rumput sempurna.. aku tidak akan terus kehadapan setelah memetik rumput yang aku sudah mahu walau tidak sempurna..

jika aku manusia yang menyuruh manusia itu memilih.. aku akan tampar manusia yang balik tanpa rumput itu kerana dia lebih memilih yang terlalu sempurna walhal sudah cukup dengan satu sahaja pilihan...
choose not choosy



oh minggu



assalamualaikum centa ^^'
 
Minggu depan agak ermm mencabar lah jugak..Ada 3 test jugak kuiz yang kena settle kan.. kan dah cakap mesti last minute punya la benda-benda ni. perkara biasa~ ......
Padahal aku rasa suma da disettlekan awal awal aritu, rupanya ada lagi yang tertinggal.
Ya lah.. adat la tu.. merungut pun tak guna aih.. yea, study la cerita dia..subjek killer pulak tu. Pembunuh*

Minggu ni jea lapang sikit. Esok kena hadap seminar business finance. Apakah? Baru aku dengar semester ni untuk subjek tu ada seminar. Boleh kah dari pukul 7.30 pagi sampai 2.00 petang aku bertahan..? lemah betul aku dengaq ceramah lelama macam ni. yang paling lama aritu pun masa amik lesen. Masa lesen haritu, dah la sensorang tak kenal sesapa. Duduk 3 4 meja aku conquer. Ehehe. Yang lain datang berteman, aku pulak jadi bahan budak belakang aku. ouh mentang-mentang hampa mai dengan member. Tulah lelaki.hmm.. Kalau tau umur aku nak dibandingkan dengan hampa mesti punya hampa geleng kepala la. bukan nak perasan, tapi hakikat. Nak tunjuk ic macam over la pulak dengan ic umur 12 tahun tu sekarang dah 21 okay ! Ahaha..

Bayangkan minggu ni aku cuma mengadap subjek business finance sahaja. Subjek yang menggabungkan business math jugak akaun.. formula jangan cakap la. belambak... aku ni pun boleh tahan masalah mengingat. Kelmarin ada kuiz subjek ni, yang buat spoil aku tak boleh ingat formula yang ada 14markah soalan kedua. Burn macam tu ja. Spoilnya. Dah lepas tu aku malas nak bercakap dengan orang. Ahaha apa la aku ni.. minggu depan cover la balik benda yang tak tercover...
Okay udah deh.. ^_^*

bila letak pic ni nampak macam berat beno la dugaan tu. ehehe




Wednesday, October 2, 2013

aku masih disini

assalamualaikum centa :)

ini hasil bila aku mula tengok huruf kat keyboard..
mahu berkongsi :)
..................................................................................................

Aku punya hak suara
Aku punya bicara
Aku punya kata
Aku punya agenda
Penelitian ku suatu isu lara
Menceroboh ruang tuli rasa
Meneroka ruang buta
Dimensi kata memaut raga
Dimana jiwa meronta ronta
Akan tetapi tiada cara bagaimana
Merelakan kisah duka
Akhirnya lara
Menjadi raja...
Akan dia memerintah tanpa saksama
Menindas hamba tidak berdaya
Begitu angkuh bertenggek di singgahsana
Lupa juga aku punya hak bersuara
Aku punya bicara
Aku punya kata
Aku juga punya agenda
Tapi masih ditenggelamkan dia
Kerna?
Aku cuma hamba...