Friday, October 21, 2016

manjanya si puteh


Assalamualaikum cerita...

Baru berangan nak savinggg la sikit gaji ni..roadtax+insurans mati tanggal 27.11.2016 neh..

puteh ceq sakit pulak dah..pasni la fikir nak pergi ke bengkel pulak... 

tup tup*

ni haa kejadian baru pulak tetiba...

bertabah la duhai hati yang jitu perkasa lagi tiut mitutt nenott...

malang tu tak berbau..kalaulah berbau dah lama manusia macam aku ni mengelak...

tentiuu mak jah..mak tolong ceq cari pembaik cermin...tentiu encik razak tolong kin..kalau kat kedai mau teruk kin kenaa.. kin tau puteh ni sejak mengenal cinta ni, dia selalu sakit-sakit..dah rezeki kin...sampai mak suruh pasang surah rukhyah..haaa

PUTEH, aku sayang hang tau...banyak jasa hang kat aku..bawak aku balik kampung...bawak aku merata laa.. aku tak suka orang buat onar kat hang walau kadang aku tak jaga tak cantikkan hang.. sebab tuan hang tak rajin sangat pun tapi dia punya kasih sayang memang paling WOW ! hee

Aku nak jaga hang sampai aku dapat peganti nah..ehh salah salah..sampai bila-bila..

kalau aku tak mampu nak jaga dah, aku cari tuan yang terbaik untuk hang (adik aku). ngee

telefon umi, haih serbasalah nak bagitahu dengan umi kesayangan beta pulak tak sihat berapa hari..kalau tak bagitahu kang dia dapat tahu dari orang lain pulak..kang sentapp pulak ibunda tercinta... 

pasal umi*beberapa hari lepas dapat tahu tangan dia terluka..terkena pisau..
kena 3 jahitan yang sepatutnya 5 jahitan..umi mintak kurangkan..hmm dengan aku henfon rosak..dah aku taktahu langsung keadaan luka umi.. hmm sedih..sangat sedih...

sebab terbayang...dengan umi tak sihat, lelah dia datang...tangan luka..nak meniaga pulak lagi..kuat sungguh umi..

hmm kaklong tak boleh la dengaq umi tak sihat macamni..rasa macam nak balik sana taknak mai sini dah...

haihh...shikin nih!


muka tabah ngat ngat



dah laa...

cerita takkan habis...

ni haa mak ! maceh makk..

senyum kittttt !


Tuesday, October 18, 2016

sombong

Assalamualaikum sayangs.

sombong??? 

hee..

buntu sungguh rasa, tak tahu nak memaniskan muka dengan sewajarnya. senyum tak semanis gula, muka sepahit teh jepun. 

macammana lagi nak khabar yang sombong itu bukan ashikin.

tegurlah dia, nescaya dia boleh bersuara. dia bukan bisu cuma dia tak manis :)

so? 

ramai kah yang punyai permasalahan sedemikian rupa dan wajah..?

dia tak pandai beramah mesra, tapi once dia gila..kesungguhan gilanya melebihi luar jangkaan. percayalah..HAH! *gelak tak sampai*

kecik hati cikkin, sebab dia bukan sombong. dia pemalu. malu yang punya banyak tempat. 

jangan lagi dipandang cikkin sombong, sesungguhnya terguris benar.

MASALAH : sukar mengenal wajah, nama !!! 

takda lagi solution untuk masalah yang demikian. jangan disuruh yang enggak-enggak. pernah seorang kenalan bagi suggestion "haa,ingat nama dia tampal dahi tu'', tahukah dia, cikkin terasa >_< 
rasa macam nak hentak umbun-umbun dia pakai bata, haa baru paham erti penyesalan. huaaa betapa kejamnya ashikin yaa tuan-tuan dan puan-puan.

bila ada masalah mengingat, mula laa ada masalah yang seterusnya dan seterusnya...boleh fikir sendiri rasanya..HIHIHI...

jadi saya, ASHIKIN mencari seseorang yang memahami dan sudi menjadi diari sepenuh masa dan bayaran melalui kasih sayang yang tidak berbelah bagi. KAHKAH!

sila pm tepi..............................................................................longkang~

yang ikhlas,

zahratul ashikin binti mohammad


Monday, October 17, 2016

dua dunia


Assalamualaikum..

Penghuni tanah..

Bukan semua yang terlahir itu terdidik dengan sempurna..faham..

Namun kita punya hati..punya segala kebaikan yang ALLAH beri.

Tercetus juga dek hati, melihat ketidakwajaran manusia yang laparkan penyanjungan namun dia  memijak yang lain untuk mengenyangkan diri sendiri.

TIDAK patut.

Semua manusia itu sama..yang membezakan cuma darjat.

Ya darjat. darjat yang dia peluk di dunia. dengan kemegahan itu dia berkuasa.
 Tak semua yang berkuasa itu gila.

*Situasi leka.

Jangan pernah melihat diri itu setinggi gunung..walhal akan dilapah tanah juga.

Yang kerdil juga bermasalah. bukan semua patuh.  Terlihat diri sempurna umpama helang mencari makan. Dilihat-lihat meninjau mana salah patut di petik bagi menampakkan dia lagi utuh. yang lagi kerdil? hanya menjadi makanan ‘junk food’ celahan gigi yang tak mengenyang tapi sampingan yang berbaloi untuk dikunyah.


Pokoknya, 

bukan semua benar.
bukan semua salah.

Hari Kawen Tyra

Assalamualaikum.

Tolong jawab !!!

Acah cikgu tak jadi... hee

Tarikh keramat seorang sahabat diberi nama comel 'tyra' 07 oktober 2016 berjaya menamatkan zaman bujang beliau dengan jayanya. ALHAMDULILLAH.

terima kasih sahabat sebab berjaya memupuk semangat sahabat-sahabat lain untuk mendirikan rumah tangga kelak. si tyra ni kan, dia ni lah manusia yang berjaya buat aku sendu sendiri kekadang tu... masih segar dalam kepala hotak aku ni tyra, masa jadi makmum hang dulu, sampai mencurah ayaq mata aku menangis dalam doa..doa yang hang baca masuk terus tembak jantung aku yang keras tatkala masa tu... serius RINDU !!! terima kasih TUHAN kenalkan aku dengan mereka. yang ajar aku kenal serba sedikit dan mahu terus di jalan mu YA ALLAH. walaupun aku bukan lagi berhijrah sepenuhnya, tapi aku bersyukur sedikit sebanyak mengubah aku yang kadang leka.

aku sangat berterima kasih, sangat-sangat!

TYRA!!!

masa majlis hang lah kita sempat berkumpul ramai-ramai.. ingat tak syg? terima kasih tau...

cepat sungguh masa berlalu. moga tyra dan pasangan bahagia sampai  bila-bila..sampai jannah ALLAH. dapat anak-anak comel..yuhuuu.. auntie tak sabar! KAH!

Lepasni Cik Adura pulak dengan pasangan nyaa... Adura!!! Selamat mendirikan rumahtangga ya Cik Cantik...

HIHIHI...

SAYANG SELALU..MMUAHH



HIPOKRIT

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera.

'HIPOKRIT'

okay...nak belajar sikit nih..sebab tak pandai...hee

sebut senang tapi nak terjemah tuu susah kan??? semua orang boleh sebut,berkata-kata mahupun melantang kan suara : HIPOKRITTTT!!!!!

hipokrit :: orang yang bermuka-muka.didepan baik dibelakang astaghfirullahalazim.

tapi sedalamnyaaa adakah faham benar?? aku pun selalu tersuara, bila ada yang tak kena dimata dihati ditekak...mula laa aku petik jugak perkataan yang kadang tersebati bila terjumpa manusia talam dua muka...hahaha tapi sebenaqnya diri sendiri pun tak berapa faham untuk terjemah secara kasar.

satu keadaan bilamana aku terbersua dengan keadaan yang langsung tak menyenangkan jiwa, berdepan dengan manusia dua alam...maksud aku tahu lakonan duniawi tanpa dihidu..ourgghhh betapa busuknya hati ini mengumpat secara kecil-kecilan dalam hati...sungguh aku tak tahan..

sampai kadang aku terlalu negatif dengan manusia yang sepatutnya tidak bermain talam. hmm... okay itu salah diri yang khilaf ni... andai terguris,maafkan..

sepanjang 'pengobservan' aku, ambuihaii ayatt tak boleh tahan! aku berjumpa jugak dengan spesies yang tak mampu nak pupus ni..antara hidup nak jalani atau hiraukan jerlaa.. agak sukar aku nak tafsirkan, kebaikan seseorang boleh diukur melalui apa... kadang mata kasar aku lihat, manusia ini punya agenda tersembunyi yang agak menakutkan.. khuatir untuk menjerumuskan diri, yerlaa aku sendiri tak faham apa lagi yang dikejarkan...biarpun kekayaan dia punya,apa lagi mau wahai penyapu?? vaccum sahaja semua dustaa..

untuk hal yang punya agenda, bolehkan dia juga dikategorikan sebagai "hipokrit?"

ataupun semua manusia yang terlahir patut punyai agenda tersendiri... ataupun sepatutnya kita tukarkan kepada 'tujuan'''? hmmm...

tapi nampak macam lagi baik if tukarkan jadi 'tujuan' dari 'agenda'..macam meetinggg sangat dah rasa.. tapi betulla bukan semua manuisa kita kenal tahu berniat baik..ada jugak yang tunggu masa nak jatuhkan kita...nauzubillahiminzalik...

tak mampu nak pikir sejauh mana jiwa hipokrit mereka andai bertandang muka dengan aku, apa patut aku buat..?? tapii sebenarnyaa, memang selalu terhadapi...soalan itu telah basi..sepatutnya mati tanpa soal...juga noktah takkan pernah wujud dengan manusia sebegini...

cuma kuasa yang kita ada, tempuh seakan melihat drama petang dan menghadam berita politik semasa. andai aku lemah, aku minta DIA bangun kan . andai aku kuat, aku minta DIA ingatkan...yang manusia ini bukan lah TUHAN. mereka tidak punya apa. mereka tidak punya kuasa kecuali zahirnya mereka berkuasa tapi tidak melepasi sezarah pun kuasa TUHAN. andai aku jatuh lagi, aku tahu DIA sentiasa ada.

Moga segala kekhilafan mereka dan juga aku diampunkan TUHAN.