Monday, October 17, 2016

HIPOKRIT

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera.

'HIPOKRIT'

okay...nak belajar sikit nih..sebab tak pandai...hee

sebut senang tapi nak terjemah tuu susah kan??? semua orang boleh sebut,berkata-kata mahupun melantang kan suara : HIPOKRITTTT!!!!!

hipokrit :: orang yang bermuka-muka.didepan baik dibelakang astaghfirullahalazim.

tapi sedalamnyaaa adakah faham benar?? aku pun selalu tersuara, bila ada yang tak kena dimata dihati ditekak...mula laa aku petik jugak perkataan yang kadang tersebati bila terjumpa manusia talam dua muka...hahaha tapi sebenaqnya diri sendiri pun tak berapa faham untuk terjemah secara kasar.

satu keadaan bilamana aku terbersua dengan keadaan yang langsung tak menyenangkan jiwa, berdepan dengan manusia dua alam...maksud aku tahu lakonan duniawi tanpa dihidu..ourgghhh betapa busuknya hati ini mengumpat secara kecil-kecilan dalam hati...sungguh aku tak tahan..

sampai kadang aku terlalu negatif dengan manusia yang sepatutnya tidak bermain talam. hmm... okay itu salah diri yang khilaf ni... andai terguris,maafkan..

sepanjang 'pengobservan' aku, ambuihaii ayatt tak boleh tahan! aku berjumpa jugak dengan spesies yang tak mampu nak pupus ni..antara hidup nak jalani atau hiraukan jerlaa.. agak sukar aku nak tafsirkan, kebaikan seseorang boleh diukur melalui apa... kadang mata kasar aku lihat, manusia ini punya agenda tersembunyi yang agak menakutkan.. khuatir untuk menjerumuskan diri, yerlaa aku sendiri tak faham apa lagi yang dikejarkan...biarpun kekayaan dia punya,apa lagi mau wahai penyapu?? vaccum sahaja semua dustaa..

untuk hal yang punya agenda, bolehkan dia juga dikategorikan sebagai "hipokrit?"

ataupun semua manusia yang terlahir patut punyai agenda tersendiri... ataupun sepatutnya kita tukarkan kepada 'tujuan'''? hmmm...

tapi nampak macam lagi baik if tukarkan jadi 'tujuan' dari 'agenda'..macam meetinggg sangat dah rasa.. tapi betulla bukan semua manuisa kita kenal tahu berniat baik..ada jugak yang tunggu masa nak jatuhkan kita...nauzubillahiminzalik...

tak mampu nak pikir sejauh mana jiwa hipokrit mereka andai bertandang muka dengan aku, apa patut aku buat..?? tapii sebenarnyaa, memang selalu terhadapi...soalan itu telah basi..sepatutnya mati tanpa soal...juga noktah takkan pernah wujud dengan manusia sebegini...

cuma kuasa yang kita ada, tempuh seakan melihat drama petang dan menghadam berita politik semasa. andai aku lemah, aku minta DIA bangun kan . andai aku kuat, aku minta DIA ingatkan...yang manusia ini bukan lah TUHAN. mereka tidak punya apa. mereka tidak punya kuasa kecuali zahirnya mereka berkuasa tapi tidak melepasi sezarah pun kuasa TUHAN. andai aku jatuh lagi, aku tahu DIA sentiasa ada.

Moga segala kekhilafan mereka dan juga aku diampunkan TUHAN.