Assalamualaikum centa
![]() |
jangan bersedih, ALLAH s.w.t bersama kita |
Hidup ini tidak selalu indah seperti ceritera filem yang
selalunya happy ending kan ?
Jari aku mahu menaip sesuatu. Tetapi otak aku ligat
memikirkan akan peristiwa yang baru aku terima tadi. Sedang aku leka akibat
kepenatan baru pulang dari kampung, aku dapat berita yang ‘adik’ angkat aku
telah mengadap allah s.w.t akibat dari kemalangan jalan raya petang tadi.
Aku perasan dua tiga hari ni, kekadang ‘teringatkan’ allayarhamah
...
Pada fikiran aku mungkin, ini hanya disebabkan kebersangkutan
akan hal rumah sewa untuk semester depan. Aku dan ‘adik’ sepatutnya menyewa
dirumah yang sama. Semua benda ‘adik’ yang settle.
Sampaikan dia pesan kat aku
bila dah abes packing barang nanti, simpan barang-barang aku kat dia. Tau la
‘adik’ nak angkut barang semua sebab akak abis exam awai kan ?
Kami dok merancang nak share wifi kat umah baru... and aku nak bawak motor kat sini. dok terbayang boleh pergi kelas sekali.
Ada haritu kami bergurau dengan nada mencari pasal..then dia cakap takmau tidoq
sebilik dengan aku soh cari roomate lain.. aku pun tergelak, aku pun cakap aku takmau tidoq sebilik dengan dia jugak..
tak sangka gurauan kami masa tu jadi kenyataan...
bila diingat balik, mungkin
petanda awal. Kita pun tak tau, itu petanda takpun hanya kebetulan gurauan.
Ada satu masa, kepala aku buntu sebab semua fon aku tak
boleh guna. Kusut !
‘adik’ offer aku pinjam fon dia. Katanya ada yang lebih...
masa tu tak terkata nak say thanks !
Kak dah ada fon baru dik ! kak nak bagi balik fon kat adik
ni................................. :(
‘adik’ fanatic korea. Sapa ja yang dia tak kenai ? semua dia
taw.. lam laptop penuh Korean punya cerita.
Haritu, adik tumpang tidoq kat rumah sewa aku...pagi tu, aku
ngan ‘adik’ ja yang masih terjaga tak lena blk. ‘adik’ mungkin tengah online
kat ruang tamu. Aku pulak dalam bilik dok menangis. Kesian adik ... aku tak
tentu arah emosi aku kacau sangat masa tu.. bila dah okay, aku keluaq
bilik.. 'adik’ tak berani nak tegur aku. tapi aku nampak dia cuba jugak tegur
aku. dia tanya
‘adik ada buat salah apa ka kat akak?’ ...
padahal tak ada
bersangkut paut pun ngan ‘adik’ ... sampai macam tu dia takut dia akan guriskan
perasaan orang sekeliling dia... kak mintak maaf :(
Hari last aku jumpa ‘adik’ sebab ‘adik’ dah lama tak singgah
rumah. Mungkin kejadian masa dia datang hari tu, semua orang dalam rumah ni tak
sedaqkan diri petang tu. Aku pun tak tau.. ka mungkin dia busy dengan
assignment akhir ?
Masa last tu, aku jumpak dia ‘excited’ sangat terserempak
aku. tapi memang selalu pun dia teruja jumpa aku. aku pun tak tau kenapa...
mungkin dengan sifat keanakan dia membuat aku faham dia seorang yang manja walau agak kasar sikit orangnya.
Im sorry ! i cant b perfect sister. Terhentinya jalan ‘adik’
kat dunia ni. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk ‘adik’.. akak pun tak tau apa
jalan yang dah ALLAH tetapkan untuk akak...
Semoga roh ‘adik’ dicucuri rahmat yang ESA dan ditempatkan
pada golongan yang beriman..In sha ALLAH