Assalamualaikum
Holla
holla ara zahraa raraaaa sinihsinihhh :D
Okay
macam biasa dari kampong tercinta sampai ke behrang2020 perjalanan dari pukul
9.30 sampai pukul 6.00 petang baru sampai . macam jauh ja kan? Ekceli entri ni
sepatutnya aku buat seminggu lepas . YA ALLAH tahap malas tu tuhan ja tahu .
padahal semangat berkobar nak menulis cuma mood ja tak mengizinkan. Dah alang-alang
aku bukak awal pembicara, biar aku habiskan . wahh sambil ditemani alunan piano
lagi menguatkan lagi entri aku macam selalu.
On the
way pulang ke tempat aku sekolah , behrang aku singgah di pudu . well bukan
singgah, memang kat situ aku transit sebab tiket aku ambik pergi ke keyel
terus. Hahaha nampak macam banyak kerja bila aku perlu berpatah balik ke
tanjung malim sebab aku dari arah utara. Takkan aku nak mintak incik drebar
berhenti kat highway wayyy? Lintas pokok pokok itu semua pulang ke behrang
selepas nampak masjid biru. Apa masjid biru? Masjid yang paling mnyerlahkan
lagi keadaan di behrang. Hehe :D
Sesudah
sampai terminal, perut berkeroncong mintak lempang.. hehe mintak makan okay
mintak makan. Tapi apa pun better kita buat jamak takdim dulu lagipun dah pukul 2 ka 3 sumthing macamtu la supaya makan
nanti tak terligan sana sini. Of course solat ! walau dimana anda berada, ingat
ALLAH yer... solat tiang agama , ingatt !
Selesai
tunai kewajipan as hamba DIA, baru aku dan sahabat aku mencari sesuap nasi. Ya jawapannya
ke food court berhampiran.. well tak ingat la gerai nombor apa aku makan. Jalan jalan
ziarah lauk, erm akhirnya aku surrender! Aku lantakkan aja perut aku yang
kosong dari pagi tadi dengan lauk ikan pari apa taktau. Mahal tu perkara biasa.
Nak tak nak makan ja lah. Sedap tak sedap telan jugak la.
sedang aku menikmati
rezeki ALLAH, hadir satu keluarga. Keluarga yang aku rasa cukup sempurna dengan
seorang anak lelaki yang sangat comel.
YA ALLAH aku jatuh cinta dengan budak tu
. cukup sederhana dengan snow cap nyer . bertambah kecomelan dia kat situ. Ekceli,
ibu dan ayah budak tu buta. Aku cukup tersentuh. Cukup cukup tersentuh.
Dalam benakku
’bagaimana keluarga itu membimbing antara satu sama lain ditengah kota yang
pesat ni’.... dengan anak yang kecil . YA ALLAH tak sanggup rasanya mata ni
melihat apatah lagi sebak hati melihat sebuah keluarga yang sungguh menyentuh
naluri aku.
Si suami
mulakan langkah untuk order makan. Ya okay datang la si makcik gerai. Acahnya seperti
mahu melayan tak layan macamtu. Bengang dalam hati aku tuhan ja tahu.
Nak ja
aku ‘sound’ makcik tak beradab tu.
Sabarkan aja diri ni melihat karenah manusia
di depan mata aku tu sejenak. Sengaja aku melihat gelagat makcik tu lama-lama. Ya
aku rasa dia dapat mengagak ada yang memerhati. Okay, terus perangainya berubah
sedikit demi sedikit.
Tapi aku tetap tak puas hati cara layanan yang diberi. Si isteri
buta tak tahu menu yang ada, dia cuba suruh makcik tu bacakan menu. Tapi makcik
tu ‘refuse’. Atleast cakap la baik-baik,
tak perlu mengeluarkan kata seakan memerli. They cant see !
Yaa!
Mata aku masih memerhati . after habis order, si anak iaitu budak lelaki yang
comel tu bercakap-cakap dengan ibunya. And finally, he noticed me .
aku pun
main mata la dengan budak tu. Taktau la pulak budaknya bagi feedback yang
positif. When i saw his smile, my heart was so touched. That kid macam ada aura
tersendiri. I cant stop my eyes to keep looking at him.
Aku
dah habis makan, masa untuk cari tiket pulang. Beratnya hati. Aku nak tengok
lagi apa yang jadi kat situ. Takda rezeki aku nak lama-lama kat situ. So, aku
bangun but my eyes still goes to him..
guess what !!!
dia senyum and lambai
dekat aku . aku pun tak kurang hebatnya. Lambai balik kat budak comel tu. bahagiaa rasa... YA
ALLAH harap dipermudahkan kehidupan anak comel tu dan keluarganya. Satu hari
nanti permata itulah yang akan menyinari keluarganya yang gelap tanpa cahaya.
I
miss that smile...i really miss him.
Aku
ada snap pic tapi kabur. Fon pun tak canggih nak buat cmena. Well aku share
sikit . budak ni berkulit putih tapi dalam gambar aku gelap pulak.