Saturday, February 22, 2014

sutun,sawi,kicap

assalamualaikum ...
hai uols ...

hahhh harini aku rajin... rajin sangat nak snap gambaq apa yang aku masak harini . 
sharing is caring . 
let me introduce to uols my recipes for today . hahaha

memula sambal sotong ... aku panggil sambal sotong kuah terover sebab dah kenapa entah terbanjir pulak kuah and sotong pun tenggelam.
takpun aku letak ja nama sotong musim tengkujuh .
 ok whatever !

silakan menjengah ...

panaskan minyak ...




masukkan sambal ...
okay okay tetiba lah pulak sambal tak bagitahu ingredients...
ambik cili kering, bawang kecik,bawang putih blande sekali. kalau aku jenis agak2 ja letak berapa aku rasa nak.. 
but in this case, sambal merah ni dah ada dlm peti sbb housemate aku dah siapkan. 
aku just ambik dan goreng ja.. 
pastu tunggu sampai pecah minyak..


ooh sebelum telupa.. incik cik sotong ni basuh la dulu sampai bersih.buang dakwat, tulang dia semua..

lepastu masukkan la semua sutun sutun ni dalam kuali ... tunggu la sampai masakkk !


 then... taraaaaa

 

nin dia sotong musim tengkujuh ...tenggelam pulak dah ..
ok ok, ekceli bila masak sotong ni tak payah letak ayaq dah . dia keluaq kuah sendiri .. magic ! hehehe


******* okayy next recipe...

sawi goreng versi cik minichumy

ni bahan bahan dia . garam jea takda ea? ouh kira halal la yer tak letak .. tau tau sendiri la okayy...

sawi potong dan bawang potong jugak okay

bawang putih dan 'cabai' cili

dan hat ni pulak eksesori tambahan .tomato


cara cara .......................


nin dia... bawang putih ngn cabai...
tumbuk la sekuat hati biaq pecah lantai ... hehehe

da agak minyak da panas, tumis bahan yang kita tumbuk sampai pecah lantai tuu...




 kita masukkan ayaq sikit pastu masukkan batang sawi ni ..nanti takda la makan sayoq keras..




okay lepastu masukkan sawi, bawang besar, gaul gaul.. 
akhir sekali masukkan tomato.. bubuh la garam secukup rasa..and tomato tu letak last sebab
kalau masuk awal awal tomato ni kang lembik pulak ...

 akhirnya siap . eh sama ja macam pic dalam kuali .. hehhe


********** special request 
sambal kicap...



okay ni senang ja.. tapi selalu aku buat aku tak letak onion pun ... tapi housemate nak letak onion,, aku try letak..

bawang putih seulas, (tumbuk bg hancur)
bawang besar sebijik potong nipis nipis,
cabai atau cili berapa pun ikut tekak hampa laa...
pastu gaul dengan kicap... siap !


APA LAGI MAKAN LAH DENGAN NASIK ... 

macam kelakar ja aku buat resepi ... kalau aku rajin aku buat la entri pasal masak lagi ... 

Wednesday, February 19, 2014

sayangku hawa

Assalamualaikum 

Hawaww uols ?

Harap harap semua bahagia sebahagianya meniti jalan penuh liku ni . hey guys . cer guess apa tajuk i nak tulis harini . 1 2 3 !!! ok fullstop !

No one knows . hahaha 

Ok ok harini entri aku pasal perempuan. Hehehe .
Kenapa perempuan? Well sudah terang lagi bersuluh . terang tang tang ini blog and kepunyaan seorang wanita . ceewaahh !

Aku berbangga jadi perempua tatkala ramai lelaki berpusu mahu menjadi sebahagian dari kami, hanya kami yang terpilih untuk menjadi manusia yang dapat menanggung keturunan berikutnya.
 Aku sebenarnya sedih bila mana aku lihat kaum adam yang sepatutnya menjadi tiang pengukuh sudah runtuh. 
Runtuh akhlak runtuh benteng yang sepatutnya kuat untuk menjaga ahli ahli lemah seperti kami. Begitu istimewanya ‘wanita’ sehingga mereka mahu menjebakkan diri menjadi seperti kami tapi sayang sejuta sayang mereka hanya umpama kain buruk yang hanya untuk dialas di lantai .

 kenapa begitu jadinya? 

Di mana kekuatan seorang hamba ALLAH seorang anak adam seorang lelaki sejati?
Impian aku untuk kes sebigini agar mereka para lelaki yang telah terpesong jauh mula berfikir sejenak akan masa depan mereka kelak. Fikir akan kehadiran seorang isteri dan anak-anak yang akan menjaga mereka tatkala mereka menginjak tua. 
Fikir akan dosa yang telah ditanggung selama ini. Berubahlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNYA yang lalai.

Duhai wanita. Apa khabar ?

Aku tahu, kau para hawa  yang kuat . dalam sendumu masih ditautkan kesabaran walau yang nampak hanya cuma picisan. Acahnya seakan aku mengetahui seribu satu perangai wanita. Tidak ... kita dilahirkan dengan perbezaan sifat dan kelakuan. Begitu juga aku . bukannya sempurna mana tapi sebagai hambanya aku bersyukur . 

Kadang ada yang sukar memahami kita kan? Pabila datang keadaan di mana tahap sensitive dikemuncak, tiada yang mengerti. Bukan dipinta tapi sukarnya dikawal. Aku sendiri tidak mampu mengawal tetapi belajar untuk ke arah lebih baik. 

Pabila kita perempuan cuba menjaga diri, tidak kurang hebatnya akan menge’cop’ sombong. Apakah mereka mahu para wanita berpeleseran dan mudah didekati?
aku berfikir tidakkah untung para suami mendapat seorang gadis yang dahulunya mahal dari pandangan kerana dia mampu menjaga dirinya dengan sebaik mungkin untuk bakal suaminya kelak. Ya semua punya cara pemikiran berbeza.
Banyak lagi yang boleh aku lempiaskan dalam entri ini tapi buat setakat ni sampai sini dulu . innshaALLAH nanti ada perasaan aku akan buat entri baru nak sambung apa yang aku rasa patut sambung...


Monday, February 17, 2014

solat sunat tahajjud

Assalamualaikum ...

Hai pembaca yang entah ada ka tidak . hai hai hai salam penulisan ;)

Kita manusia yang hanya insan biasa penuh dengan nista kadangkala alpa .
Kali ni entri aku nak berkongsi sedikit pengetahuan yang aku serkup dalam ruangan alam maya dan terbitkan di ruangan ni untuk tatapan pembaca . 
ehem ! pembaca ? Alhamdulillah jikalau ada. Hehe

Ok ok serious kin !

Siapa tahu solat sunat tahajjud? *angkat tangan*

Apa itu solat sunat tahajjud ni ?

Berikut yang aku perolehi dari ehsan ehsan hasil aku search di ruangan alam maya juga .
Solat sunat tahajjud solat yang dilakukan pada malam dengan sedikit rakaat sebanyak 2 atau 4 atau 6 atau beberapa..... sesudah dua rakaat beri salam. Solat sunat dilakukan selepas waktu isyak sampai terbit fajar. Sebelum melakukan solat sunat tahajjud perlu lah tidur dahulu walaupun sebentar. 

Aku jugak search kebaikan solat sunat tahajjud ...

kelebihan solat tahajud :  

* Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.  
* Doa dimakbulkan Allah.
* Memperolehi ketenangan jiwa.
 * Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
* Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
* Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
* Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.  
* Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
 * Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.  
* Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.  
* Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
* Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
* Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
* Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
 * Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.  
* Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.  
* Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
* Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.


Banyak kelebihan yang kita boleh kejar kan ? 
ni baru pasal solat sunat tahajjud . ada banayk lagi solat sunat yang boleh kita belajar dan tahu dengan mendalam . solat solat bukan hanya 5 waktu yang perlu kita terapkan .
 dan aku yang hanya masih iman seinci dua dengan perasaan rendah diri berkongsi sedikit ilmu yang mana aku perolehi dari juga laman sosial seperti youtube dan juga dari ehsan bacaan bacaan yang lain.
 kita perlu meneroka apa yang harus kita ketahui sebagai umat islam. 
Aku juga perlu paksa diri aku supaya jangan malas malas...

Sabda rasulullah s.a.w

“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)

 kita ni manusia lemah dengan godaan . perkara yang baik harus dari diri kita, cuma mahu dengan tak mahu ja . hidup ni perlu perubahan kan .. takkan kita masih perlu di takuk lama. Semakin banyak ilmu yang kita belajar semakin kosong rasanya diri ini . 

Ni sedikit pencerahan moga moga hati kita terbukak untuk terus menuju jalan ALLAH s.w.t . 

dah lama tak menulis jawi , terketaq tangan aku senget benget tulis . ni semua step step buat solat sunat tahajjud