Saturday, September 14, 2013

raya lepaih



Assalamualaikum centa centa..
 
Banyak pulak cekadak aku nak mengimbau balik pasal raya lepas kans? Ehehe. 

“Seriously for me, peduli la apa orang kata.. as long as kita tau kita tak buat salah”  hehe petikan dialog lisa surihani dalam Istanbul aku datang. Lalala boleh tara ni? :D

*balik

Sesampai jea aku kat rumah, ada apek tukang tengah renovate dapur umah aku. Alah renovate simple simple jea standard rumah kampong. Tapi yang bestnya si apek ni punyala baik, dia hadiahkan aku durian. Dia cakap mesti aku tak makan durian lagikan.. sanggup nyer la hai hujan-hujan renyai datang hantar.. terharu sat... sanggup tak jual kat orang yang dah lama cari durian tu semata-mata nak bagi aku. Sempat lagi apek tu buat lawak, “sudah ada cinta ka” ? aku pun renyih jea la.. dah tu tanya pulak  “raya ni ada cinta datang rumah jumpa amak” ? aku pun lagi la renyih.. apa da apek ni punya soklan.. soklan killer tu ! ceh...masuk exam pun boleh blur nak jawab. HAHA ! esok tu dia tanya sudah makan durian tu, sedap tak? N aku actually tak sentuh pun lagi sebab aku banyak kerja nak buat la kott sampai lupa nak makan.. Haish kin apa la hang ni..
durianss ..
tapi aku takkan sakitkan hati dia, aku cakap sedaaaapppp sangat . isi pun cantik (-,-) .. tapi lepas tu aku memang terus makan and memang sangat sedap ! yummy ... thanks apek !

dengan c omey empol..
Ingat raya tahun ni takdak baju baru, bukan apa aku macam malas pulak nak mencari last minit gitu. Aku ni pun boleh tahan choosy bab baju. Dari aku dok melengung pikiaq baju baik takdak. Tapi...... masa dok elok jenjalan, mata aku terpandang satu baju warna gold. Menambat hati macam jatuh cinta pandang pertama pulak. Jenjalan tempat lain, tapi otak aku dok nampak baju tu. Tak la cantik gila gila tapi simple.
tuddiaahh kalerrrr...
Ha aku mang berkenan la hat simple takdak la bling bling meriah macam lampu cristmas. Apa lagi, patah balik p cari baju tu. YES ! dapat... hehe. . kesudahannya, ada la itew baju raya warna gold tu..itew suker sangat-sangat (^_^) ...
Agak penat raya tahun ni, ummi nak kami cat rumah. Tapi, aku hampa sikit la dengan kaler tu. Sangat-sangat ermmmmm...arghh... abah pun tak berkenan. Tapi aku sapu jugak lah dah ummi berkenan.. penuh dengan cat aku and angah kerjakan rumah. Sampai tak berdaya terlena dengan cat..apa pun DONE ! 
Ehehe.. masa hari raya tu, aku memang tak beraya mana sangat lah. Memang selalu ator tiga buah rumah ja. First rumah aishah then shitah pastu last aku. Sampai last rumah tu, aku terus kat rumah senyum sensorang tengok tb takpun paling habis on internet. Agak bosan kan..dah jadi rutin pun since beberapa tahun ni. atok, tokwan belah ummi ngan abah dah meninggal. So, raya macam hambar sikit.. rindu? Of course, ngan rending ayam tok bukit buluh and ayaq kopi tok baling.. haish.. 
Esok tu, baru lah aku pergi umah sedara mara. Jumpa sepupu sepapat, yang best nya sepupu aku ni tak kedekut wifi..
meriah bergosip..
memang dia free kan wifi dia mentang mentang rumah jauh dari orang..aku ingat dia tak reti buat password tapi memang dia cakap nak sedekah kat orang..haha  ijad ijad..! anak sedara dia punya la gabak besaq comel sungguh.. 


tengok la gedempol. ngee.. geram ngat aih ! erm jangan panggil itew ‘maklong’ ea sayang.. panggil itew mak ikin.. eh tak... dia panggil aku ‘akak’.. pandai betul budak sekarang.. hihi.. aku pergi beraya pakai baju gold tu taw. aha.. masa melawat sedara mara raya kedua, ada pulak ajak pergi Thailand. 

Lagi pun bila raya, border bukak tak payah permit bagai la.. masuk sana, pusing-pusing. Terimbau pulak kenangan masa aku tingkatan 4 ka 5 camtu pernah ada sukan sempadan kat Thailand. Ada la masuk volley ball.. Depa ni mang terer, cerita dia kalah la weh.. ngee...
Ok pastu masuk market, tengok-tengok menda la nak beli. Depa ingat kami ni pelancong jauh ka apa, depa tibai harga kaw-kaw. Haha..
lawan sapa terer
Bila dah masuk sana, handfone kena off. Kalau tak kredit hilang nanti, tapi kredit aku time tu pun setakat 20 sen macam tu lah, kalau dia nak telan pun aku tak terkilan. Hehe. Ya lah nak snap snap snap kan. 


1 of gambaq together together ..
Handfone jea pun yang bawak.. aku ada jugak la nampak kawasan yang mana tutt tunggu customer. Tu memang perkara biasa la kat situ. Port dia pun bersepah. Senang ja nak cari perempuan. Hmm, tak tau la nak cakap apa.. aku pun bukan tau apa sebab depa boleh terjerumus kearah itu.. we should never judge by appearances..ryte?
Dah tu maghrib jugak la baru nak balik, lagipun pergi dah lambat. Dah balik, so habis dah perantauan raya aku. Yeay ! 

XOXO  zara


Thursday, September 12, 2013

macam macam hal



Assalamualaikum centa ;)

harini agak kelam bagi aku. Suma benda nak rush jea. Aku terligan sana sini. Gap sepatutnya dapat waktu zohor kena ganti kelas untuk  sejam buat tutorial. P zohor waktu lecturer lain yang sepatutnya mengajar pukul 2.masuk kelas terpinga-pinga lecturer macam moody. Alo.. ramai tak siap homework yang dia bagi. Patot la.. tapi satu benda yang aku perasan pasal lecturer tadi ni, dia seorang yang tabah dan pendam kemarahan jadikan kasih sayang.. 


weh mana nak cari. Tengah-tengah marah boleh lagi mampu senyum..ingat senang ka? ni memang aku tabik la! Selalu jea la dia senyum padahal tengah tahan marah ni. tu yang buat aku sayang puan tu..

eh aha tapi tadi selamat la ada jugak masa untuk rehat pukul 12-1 .tapi bukan waktu zohor lagi kan time tu. Apa lagi? Ke library la. 
tinggi baq hang ! aku ni boleh tahan gayat..



terkedek-kedek sensorang naik tangga sampai nak tersadung pasal kain over terlabuh.. kalau la tergolek-golek jatuh tangga yang tinggi tu mau gak la amnesia aku sebulan. Dah melangkah library tu tak pandang dah kiri kanan, kedepan jea. Siapa yang kenal pun tak tengok dah, patut la asyik kena cap sombong jea. Oi oi, tak kenal maka tak cinta keyh ..
nin diah buku !

ha apa lagi dapat gak la pinjam dua buku .walaupun aku ni boleh tahan jiwang tapi novel langsung tak masuk dalam list pembacaan aku. Haha .. ummi (mak aku) suka betul la kalau aku ni rajin baca novel.. aku pun pelik, nak suruh aku paham menda la dalam tu. Maybe tu minat ummi masa muda-muda dulu. 
haish masuk ja library punya ramai marka..menonong ja la aku pun tahan malu. Peduli pulak ? ehehe..siap semua, p bagi kad matrik kat akak kaunter tu then settle kan tunggu pulak beberapa minit.
Eh sebelum tu, aku teserempak dengan sathis, tu pun selamat dia yang start tegor..wah ingat lagi rupanya janji dia dulu nak bawak aku pergi makan. Amboih boleyh tara tu? Kelakar la ingat balik macammana aku boleh start kawan ngan sathis. Pernah sekelas dengan dia dok bergurau, melayan jea la sathis ni ngan perangai aku ni.. Indian boy yang quite handsome. Dia cakap aku semakin lain. Of course la lain, nak lagi lain? Tunggu aku kerja nanti.. Hehe .. puji menggunung jea sathis ni.. 

Hmm.la ni dok pikiaq nak isi apa la cuti-cuti ni. jumaat-selasa.. rabu? Ada pulak kelas.. Tu yang cari jugak buku kat library nak baca isi masa terbuang nih. Tapi.....aku ada pulak kelas time konvokesyen, petang pulak tu kena pulak jabatan aku.. batch aku kott. Best la cerita dia ! grr... Cemburu weh .. tahan ja la, pelan pelan kayuh.. kalau la ada yang boleh paham apa yang aku rasa nanti.. ada ka? Ntah...
Time konvokesyen, nanti akan ada la reunion ex budak rumah corner lot dulu. pastu banyak la cerita nak dengaq nanti.. Haish rindunya.. dalam beberapa hari ja la bersua muka. Lepas tu? Semua buat haluan masing-masing. Mana nak cari kengkawan yang boleh masuk ayaq sekali. Susah. Tambah lagi aku ni susah betul nak dapat kawan . dah ada ni pun Alhamdulillah ...aku akan hargai setiap saat dengan housemate semua. Okeyh tak sabaq tunggu !  
pukul 2.05 pagi. belagak macam orang bujang, eh bujang la .. boleh dok p lepak minum teh ais kat kedai makan.
nampak sedap an? tapi ni google image r sbb teh ais aku lg cantik bentuk dia td :)

sebab tahap bosan melampau. dengan suasana malam yang romantis, nyaman tapi tak nampak bulan separuh tu la..  tengah dok khusyuk sembang, meja sebelah geng extend (lelaki). wah ramai ajer eh senasib. tapi macam bertuah jea dok happy happy gelak ngan member. maybe tu jea rasa nak release tension. kita tak nampak kan? dalam hati sapa yang tau..?  bersabaq eh hampa .. :D



Tuesday, September 10, 2013

tucink...



assalamualaikum centa ^^
 
Harini kelas dua jam ja pun. Dari pukul 11-1 .. abestu dalam masa bebanyak tu nak terluang wat gpo dia? Library la jawab dia.. lepas zohor terus pegi library dengan umi. Belajaq buat tutorial. Tutorial akaun weh.. (-,-) .. hehe
lengang kan??

Eh lengang ja library petang petang cam tu. Tempat paling ‘peace’ bagi aku kat tempat belajaq, surau dengan library ja. Kantin? Hmm bising and penuh ngan manusia, naik pening kepala. Dalam duk melepak tu, umi member aku tanya nak kepastian pasal tempat tinggal semester depan. Nak duk asrama??? Ohh TIDAKKK ! nehi nehi kabhi nehi .. ngee.. cukup lah 5 bulan masa semester 1 duk asrama. Takmau dah... serik? Ntah la.. better dok luaq, setakat 1 subjek aku nak melengung(termenung) tengok dinding asrama bilik.. STRESS ! 
ha dan lagi aih !

Dok luaq boleh la clear sikit bijik mata tengok manusia.. kalau ada peluang boleh la kerja. Hilang bosan and dapat gak la income hasil sendiri. Cewaahh !! kita kadang lebih menghargai benda yang dari effort kita sendiri.. aku ni salah seorang yang menghargai effort sendiri. Lagi berbaloi rasanya.. tapi ada jugak yang susah nak faham ngan orang yang macam aku ni. Ego katanya. Yalah pendapat orang tak boleh lah aku nak sangkal sangat. Hak kan? ... (^^)


Amboih feeling aih layan lagu lucky by ashily ost citer boys over flower tu sambil dok menaip. Tapi tak rakus sangat la menaip. Otak tengah kosong zero mero.. tengah dok berfikir menaip, housemate aku pesan kat member jagakan kucing dia yang da nazak untuk sementara dia nak keluaq ni. Termati jugak lagu ni bila pikiaq nyawa kucing tu hujung dahan ja. Dia bernyawa macam kita, even aku bukan fanatik kucing, tersentuh jugak la hati ni. tengok cara pernafasan pun tersekat sekat mungkin sedang menahan sakit. Aku mungkin dalam tak sedaq, penah wat salah ngan kucing ni..masa dia kesejukan, sebabkan hujan tak pernah pulak nak jemput dia masuk takpun panaskan dia dengan kain..saat dia nak menghadapi kematian, baru la rasa nak care lebih. Apa lah manusia ni.. (-,-) .. mudah betul lupa.. kalau la kita kat tempat dia, mungkin kita pun tak mintak kena layan macam tu. Sedih dia tak pulak kita nampak.. dah la yatim piatu. 

YA ALLAH, bersyukur lah dijadikan manusia sebaik baik ciptaan adalah manusia . lengkap segala hal.. doakan yang terbaik untuk kucing ni dan paling banyak binatang, ni lah salah satu kesayangan nabi junjungan kita MUHAMMAD S.A.W.. betapa tingginya darjat dia sampai menjadi kesayangan baginda J..
Hmmm.... sihat keyh ucin (=,=)


Monday, September 9, 2013

path..



Assalamualaikum centa...

nak share pengalaman jea ;)

Beberapa tahun yang memeritkan bergelar pelajar. Bagi setengah pelajar mengikut aliran pembelajaran yang telah diaturkan memang meninggalkan kenangan manis tetapi tidak bagi aku. Kehidupan aku diragut oleh kelemahan aku untuk berfikir suatu ketika dulu sehingga menjeratku menjadi super senior. Semester depan still lagi ada 1 paper yang kena aku bawak. Kalau ingat balik apa yang aku lalui, mau jugak teriak la ni gak.. mungkin bukan bakat atau minat aku dalam jurusan diploma akauntansi.
 Bagi aku, kos ni sukar untuk dibawa sebab aku lagi memilih untuk melukis dan semua pilihan aku lebih kepada seni. Haish.. semuanya berpunca daripada aku sendiri yang lambat menerima hakikat. Dan? Hasilnya? Taraaa... 

Setiap semester aku tempuh sampai aku tak sangka aku dah ke tahap ni. Wow! Dalam dok tak kuat tu pun still lagi leh renyih cam vangang. Padehal.. hehe..
Ala senyuman, gelak tawa boleh dibuat, ni dalam hati ni.. tuhan ja nampak dan paham segala yang dok meredap dalam ni ha.. start semester 1, aku da mula stress ngan subjek akaun.. akaun ni pulak akan menghantui aku setiap semester kecuali masa aku latihan praktikal. Time tu aku merdeka sesangat. Best tak dibelengu AKAUN ! ha.. masa semester 1 aku da mula kantoi subjek tu. Dah kantoi tu gagal la weh. Frust tu jangan cakap ah. Macam nak benti. Ya lah, kalau dah gagal bila masa pulak aku nak grad? Aku tak boleh bawak subjek yang bersangkutan. Akaun 1 semester hanya 1 ja. Padahal tiap sem ni ada akaun yang baru2. Perghh... terpaksa la aku merangkak. Utk basic sahaja aku terkandas 3 semester.. nak kata bodoh, tak ah ! aku boleh la. Cuma lambat terima hakikat. Pastu aku da start bangun balik. No more repeat for akaun. Sampai sekarang ni.. Alhamdulillah..
Baru aku tau, aku bukan lah teruk sangat. N pointer meningkat sem lepas , aku SUKA! 

Dulu kalau ada test untuk subjek akaun, perkara first aku buat ialah........... bukan study tapi TERIAK. Haha.. baru aku study pas luah semua depan paper dengan ayaq mata. Amboih kenangan aih suma tu.. selamat aku ada kengkawan yang bagi support and keluarga tercinta . yang paling memahami aku mestilah UMMI.. sangat memahami. Sampai masa aku tak mampu nak berfikir waras, aku call ummi. Aku tahan nangis, after letak fon , wah meraung macam hilang anak. Aku sebak dengaq suara orang yang aku sayang jadi kaunselor terhebat masa aku susah. Takkan aku lupa sampai MATI.. 

Okeyh, ni baru pasal study, belum lagi pasal aku kna merantau p kelas orang lain sebab nak penuhkan jadual aku. Kalau tak bila masa aku nak keluaq dari sini? Nak tak nak, mesti kenal dengan orang baru, watak baru. Dalam aku dok merantau banyak benda mengajaq aku. Since sem 2, aku da start macam takdak kelas tetap. Amboih kalah U.. macam macam hal lah ngn perangai manusia ni. Harung la jugak si kecik ni. Even kadang sentap jugak sebab tak paham keadaan.. balik tu aku ada kawan. Balik umah la paling aku suka. ALLAH tak bagi aku terus terusan sedih, sebab DIA kurniakan housemate yang sangat memahami. Sekarang depa dah takdak tinggal dua orang ja. Takpa la, aku dah matang la. Dah boleh dah motivate diri sendiri.. aku dah mampu.. 



Ha.. dah tu, setiap semester kadang aku ada masalah ngan lecturer gak. Adoi.. ni la perkara paling dangerous bagi seorang bergelar pelajar. Tak perlu aku mention berapa orang lecturer yang ada masalah ngn aku.. aku pun pelik, apa lah salah aku .. haha. Ada aku teringat sorg lect ni, marah betol la kat aku sampai sekarang takmau tengok muka aku, uuuuu.... takpa la, puas hati gak la, gagal subjek dia. Dah la, suma ada hak masing masing.. aku maafkan dia, n harap dia pun maafkan aku..
And...sekarang aku menunggu masa untuk exam.. maybe lagi sebulan kott.. harap pointer naik lagi.. n aku still ada lagi 1 semster sem depan.. untuk 1 subjek, agak mencabar. Mungkin aku akan menanggung tahap kebosanan melampau . seminggu 3 kali jea kelas. Sehari 2 jam. Uih... nak kerja.. in sha ALLAH. Apa pun, sem depan adalah bukti, yang aku boleh bertahan selama ni. Tak sabaq nya nak habis, aku nak kerja.. aku nak kerja weh.. abis diploma, teringin jugak ambik ijazah. Maybe lepas kerja beberapa tahun, aku mohon lah PJJ.. actually, aku ada impian lain.. aku nak jadi tokey kedai makan. Haha. Tapi tak dapat restu pulak.. takpa la, merancang la dulu.. kita pun tak tau, sempat ka tak. Pasang impian punya la banyak.. ermm.. banyak lagi benda tak tercerita apa yang jadi kat aku sepanjang jadi pelajar. Sampai satu masa tu aku langsung takdak semangat nak belajaq dah bila pikiaq masa depan kelam nya. Tapi bila rasional balik, aku ni setakat kena ujian belajaq, hat orang lain tu sampai kena ujian seumur hidup antara hidup dan mati tapi boleh lagi bertahan. Tu yang buat aku kuat balik.. tapi apa pun biaq la saki baki cerita tu aku sendiri ja yang tahu dan aku yang tanggung.. :D


XOXO

zahra :)