Monday, September 9, 2013

path..



Assalamualaikum centa...

nak share pengalaman jea ;)

Beberapa tahun yang memeritkan bergelar pelajar. Bagi setengah pelajar mengikut aliran pembelajaran yang telah diaturkan memang meninggalkan kenangan manis tetapi tidak bagi aku. Kehidupan aku diragut oleh kelemahan aku untuk berfikir suatu ketika dulu sehingga menjeratku menjadi super senior. Semester depan still lagi ada 1 paper yang kena aku bawak. Kalau ingat balik apa yang aku lalui, mau jugak teriak la ni gak.. mungkin bukan bakat atau minat aku dalam jurusan diploma akauntansi.
 Bagi aku, kos ni sukar untuk dibawa sebab aku lagi memilih untuk melukis dan semua pilihan aku lebih kepada seni. Haish.. semuanya berpunca daripada aku sendiri yang lambat menerima hakikat. Dan? Hasilnya? Taraaa... 

Setiap semester aku tempuh sampai aku tak sangka aku dah ke tahap ni. Wow! Dalam dok tak kuat tu pun still lagi leh renyih cam vangang. Padehal.. hehe..
Ala senyuman, gelak tawa boleh dibuat, ni dalam hati ni.. tuhan ja nampak dan paham segala yang dok meredap dalam ni ha.. start semester 1, aku da mula stress ngan subjek akaun.. akaun ni pulak akan menghantui aku setiap semester kecuali masa aku latihan praktikal. Time tu aku merdeka sesangat. Best tak dibelengu AKAUN ! ha.. masa semester 1 aku da mula kantoi subjek tu. Dah kantoi tu gagal la weh. Frust tu jangan cakap ah. Macam nak benti. Ya lah, kalau dah gagal bila masa pulak aku nak grad? Aku tak boleh bawak subjek yang bersangkutan. Akaun 1 semester hanya 1 ja. Padahal tiap sem ni ada akaun yang baru2. Perghh... terpaksa la aku merangkak. Utk basic sahaja aku terkandas 3 semester.. nak kata bodoh, tak ah ! aku boleh la. Cuma lambat terima hakikat. Pastu aku da start bangun balik. No more repeat for akaun. Sampai sekarang ni.. Alhamdulillah..
Baru aku tau, aku bukan lah teruk sangat. N pointer meningkat sem lepas , aku SUKA! 

Dulu kalau ada test untuk subjek akaun, perkara first aku buat ialah........... bukan study tapi TERIAK. Haha.. baru aku study pas luah semua depan paper dengan ayaq mata. Amboih kenangan aih suma tu.. selamat aku ada kengkawan yang bagi support and keluarga tercinta . yang paling memahami aku mestilah UMMI.. sangat memahami. Sampai masa aku tak mampu nak berfikir waras, aku call ummi. Aku tahan nangis, after letak fon , wah meraung macam hilang anak. Aku sebak dengaq suara orang yang aku sayang jadi kaunselor terhebat masa aku susah. Takkan aku lupa sampai MATI.. 

Okeyh, ni baru pasal study, belum lagi pasal aku kna merantau p kelas orang lain sebab nak penuhkan jadual aku. Kalau tak bila masa aku nak keluaq dari sini? Nak tak nak, mesti kenal dengan orang baru, watak baru. Dalam aku dok merantau banyak benda mengajaq aku. Since sem 2, aku da start macam takdak kelas tetap. Amboih kalah U.. macam macam hal lah ngn perangai manusia ni. Harung la jugak si kecik ni. Even kadang sentap jugak sebab tak paham keadaan.. balik tu aku ada kawan. Balik umah la paling aku suka. ALLAH tak bagi aku terus terusan sedih, sebab DIA kurniakan housemate yang sangat memahami. Sekarang depa dah takdak tinggal dua orang ja. Takpa la, aku dah matang la. Dah boleh dah motivate diri sendiri.. aku dah mampu.. 



Ha.. dah tu, setiap semester kadang aku ada masalah ngan lecturer gak. Adoi.. ni la perkara paling dangerous bagi seorang bergelar pelajar. Tak perlu aku mention berapa orang lecturer yang ada masalah ngn aku.. aku pun pelik, apa lah salah aku .. haha. Ada aku teringat sorg lect ni, marah betol la kat aku sampai sekarang takmau tengok muka aku, uuuuu.... takpa la, puas hati gak la, gagal subjek dia. Dah la, suma ada hak masing masing.. aku maafkan dia, n harap dia pun maafkan aku..
And...sekarang aku menunggu masa untuk exam.. maybe lagi sebulan kott.. harap pointer naik lagi.. n aku still ada lagi 1 semster sem depan.. untuk 1 subjek, agak mencabar. Mungkin aku akan menanggung tahap kebosanan melampau . seminggu 3 kali jea kelas. Sehari 2 jam. Uih... nak kerja.. in sha ALLAH. Apa pun, sem depan adalah bukti, yang aku boleh bertahan selama ni. Tak sabaq nya nak habis, aku nak kerja.. aku nak kerja weh.. abis diploma, teringin jugak ambik ijazah. Maybe lepas kerja beberapa tahun, aku mohon lah PJJ.. actually, aku ada impian lain.. aku nak jadi tokey kedai makan. Haha. Tapi tak dapat restu pulak.. takpa la, merancang la dulu.. kita pun tak tau, sempat ka tak. Pasang impian punya la banyak.. ermm.. banyak lagi benda tak tercerita apa yang jadi kat aku sepanjang jadi pelajar. Sampai satu masa tu aku langsung takdak semangat nak belajaq dah bila pikiaq masa depan kelam nya. Tapi bila rasional balik, aku ni setakat kena ujian belajaq, hat orang lain tu sampai kena ujian seumur hidup antara hidup dan mati tapi boleh lagi bertahan. Tu yang buat aku kuat balik.. tapi apa pun biaq la saki baki cerita tu aku sendiri ja yang tahu dan aku yang tanggung.. :D


XOXO

zahra :)