assalamualaikum centa ^^
Harini kelas dua jam ja pun. Dari pukul 11-1 .. abestu dalam
masa bebanyak tu nak terluang wat gpo dia? Library la jawab dia.. lepas zohor
terus pegi library dengan umi. Belajaq buat tutorial. Tutorial akaun weh..
(-,-) .. hehe
![]() |
lengang kan?? |
Eh lengang ja library petang petang cam tu. Tempat paling
‘peace’ bagi aku kat tempat belajaq, surau dengan library ja. Kantin? Hmm
bising and penuh ngan manusia, naik pening kepala. Dalam duk melepak tu, umi
member aku tanya nak kepastian pasal tempat tinggal semester depan. Nak duk
asrama??? Ohh TIDAKKK ! nehi nehi kabhi nehi .. ngee.. cukup lah 5 bulan masa
semester 1 duk asrama. Takmau dah... serik? Ntah la.. better dok luaq, setakat
1 subjek aku nak melengung(termenung) tengok dinding asrama bilik.. STRESS !
![]() |
ha dan lagi aih ! |
Dok luaq boleh la clear sikit bijik mata tengok manusia..
kalau ada peluang boleh la kerja. Hilang bosan and dapat gak la income hasil
sendiri. Cewaahh !! kita kadang lebih menghargai benda yang dari effort kita
sendiri.. aku ni salah seorang yang menghargai effort sendiri. Lagi berbaloi
rasanya.. tapi ada jugak yang susah nak faham ngan orang yang macam aku ni. Ego
katanya. Yalah pendapat orang tak boleh lah aku nak sangkal sangat. Hak kan?
... (^^)
Amboih feeling aih layan lagu lucky by ashily ost citer boys
over flower tu sambil dok menaip. Tapi tak rakus sangat la menaip. Otak tengah
kosong zero mero.. tengah dok berfikir menaip, housemate aku pesan kat member
jagakan kucing dia yang da nazak untuk sementara dia nak keluaq ni. Termati
jugak lagu ni bila pikiaq nyawa kucing tu hujung dahan ja. Dia bernyawa macam
kita, even aku bukan fanatik kucing, tersentuh jugak la hati ni. tengok cara
pernafasan pun tersekat sekat mungkin sedang menahan sakit. Aku mungkin dalam
tak sedaq, penah wat salah ngan kucing ni..masa dia kesejukan, sebabkan hujan
tak pernah pulak nak jemput dia masuk takpun panaskan dia dengan kain..saat dia
nak menghadapi kematian, baru la rasa nak care lebih. Apa lah manusia ni..
(-,-) .. mudah betul lupa.. kalau la kita kat tempat dia, mungkin kita pun tak
mintak kena layan macam tu. Sedih dia tak pulak kita nampak.. dah la yatim
piatu.
YA ALLAH, bersyukur lah dijadikan manusia sebaik baik ciptaan adalah
manusia . lengkap segala hal.. doakan yang terbaik untuk kucing ni dan paling
banyak binatang, ni lah salah satu kesayangan nabi junjungan kita MUHAMMAD
S.A.W.. betapa tingginya darjat dia sampai menjadi kesayangan baginda J..
Hmmm.... sihat keyh ucin (=,=)