dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihi.
aku cuma perempuan biasa . kadangkala tergoda jauh terjatuh dengan dunia . khilafku pelbagai . andai ada yang bisa memimpinku dengan satu matlamat menggapai nur ALLAH, akan ku genggam sampai hayatku .
jika diberi keizinan inginku sehingga peringkat tertinggi di mana perjanjian telah dilakukan antara pintu kiri dan kanan kelak . aku bukan sesiapa, aku hanya manusia yang penuh dengan nista.
aku menangis kerana dunia ini beri aku sejuta satu tragedi. aku manusia biasa yang lemah serba serbi. aku tak mampu sekuat pejuang islam, kerana dengan hidup aku sahaja masih berjuang setara hujung kuku kaki.
hinanya aku manusia yang mudah jatuh dan lali. tolong pimpin aku mengikut landasan jauh dari dusta duniawi. akankah aku tempuhi untuk menghabiskan sisa yang tidak seberapa anugerah dari ALLAH? akankah aku penuhi setiap inci hidup ini dengan rantaian yang sepatutnya aku ikuti?
aku terlalu lalai memikirkan manusia walhal itu juga kejadianmu. yang tidak sepatutnya kelebihan itu teragung kepada manusia yang hina . YA ALLAH, aku leka YA ALLAH . terima kasih atas tamparan ini membuatkan aku bangkit dari mimpi .
hina ini mahu kembali memberi tautan yang penuh dengan airmata kesyukuran .
kerana ALLAH engkau mengingatkan aku berharganya hidup ni jika aku buang sisa hidup yang tidak banyak lagi. aku tidak mampu menghitung hari mendatang tapi denganmu YA ALLAH, sempurnanya saat minitku .
dakaplah aku dalam redhamu YA ALLAH . peluk jiwa aku seeratnya YA ALLAH . agar jiwa ini mati tertaut dan takkan keluar dari tautan . aku berserah segalanya hanya padaMU YA ROBB ...