Wednesday, July 29, 2015

hati

Assalamualaikum 

Pembuka kata huruf dijangka . tak lebih tak kurang 26 gaya . simpulan kemas berupa kata . moga tersusun ayat pujangga .

betul kata orang, terlajak perahu boleh berundur terlajak kata penumbok naga makan dia.

ehh jiwa muda ni memang seakan api yang marak tiada punca. jangan disimbah lagi minyak tanah yang ada kau hangus terbakar. hai jiwa muda. bersabarlah .

bersabar..??? dengan tidak mempedulikan apa yang kau tak suka. 

boleh kaa?? nampak jahat kan?? lagii jahat bila sengaja mencuit racun seinci dimasukkan ke mulot orang lain. hadam tuu... 

AKU !!!

pantang sikit orang cuit mencuit ni . cuit tempat lain aku paling habis pun terkejut tercakap *melatah*
.
tapi mencuit benda lain, haa memang pantang seumur hidup . 

buat ja hal sendiri jangan usik hal aku. aku tak kacau orang so jangan ganggu aku . boleh nahas tahu ?

dah2 aku nak bercuti. jangan ganggu aku dengan masalah tak matang. biaq aku peram dalam dalam. biaq jadi barah nak menular pun menular lahh, bila aku dah start membenci, memang payah lahh nak baik. BOLEH !!! mintak maaf akui kesilapan. ksilapan diri hang tuuuu bhai.

heiiii, aku ni punya baik rasaynya dengan tidak menganggu gugat orang sekeliling. heii heiii.....

maaflaahh blog, kau jadi tempat aku menempias bahang gila. bukan ku pinta tapiii haaa termintak ! 

wehhhh gua melalut!!!! heiii heiii bangang pulak rasa tak matang macam nih..

herghhh...




Sunday, July 26, 2015

K.E.N.A.P.A

Assalamualaikum cerita...

hai blog minichumy.

harini nak merintih jap.

memula.....

aku rasa kosong gila. tak paham jugak. kenapa ha..??
dia rasa tak best sungguh.
ada salah yang aku terkabur kah..?
tak pasti jugak. andainyaaa diri kecil ini pernah menyentuh sakit jiwa kalian,

ini ingin aku sampaikan...

semoga tenteram hati ini.....

maaf untuk segala segi dari yang muda hingga ke tua,
dari yang ku kenal lama hingga ke seminit dua,
aku manusia alpa sentiasa lupa,
banyak hati harus dijaga,
bukan jiwa itu kau sahaja yang punya,
buka akal buka mata,
terkadang jauh tidak ku duga,
hati aku juga terpenjara,
terkurung tanpa relanya,
aku perhati aku berkira,
banyak manusia punya agenda,
aku punya hanya ingin bahagia,
akan ku usaha,
tanpa seorang insan pun derita,
dalamku sudah tidak berdaya,
masih lagi yang tidak gembira,
aku tiada upaya,
aku bukan malaikat lahir sempurna,
kurangku merata,
sampai nanti pejamnya mata,
tika itu ternoktah segala cerita.