Thursday, January 23, 2014

be'pren' boifren fren frenn

Assalamualaikum pembaca ! kah kah kah ada kah pembaca kah ?

Sambil sambil melayan lagu ‘rindukanlah dari encik mimpi’ terdetik nak menulis bla bla bla bla ... taklah ekceli dari tadi kepala ni asyik dok menulis pasal kawan aku sorang ni. boyfriend tu kawan lelaki kan ? ha so boipren lah cita dia. Op koz bukan bab cinta lahh hoccayyh .

Aku ni pelik sungguh la dengan sorang budak ni yang aku selalu panggil ‘mun’ padahal mak ayah dia bubuh nama sesedap nama dah . lagi pun dia jenis tak kisah aku nak panggil apa . untung aku letak nama ‘mun’ kalau aku letak nama jagung ka derian ka pak pandir ka mau dia teriak . hahaha

Aku salute kat dia ni sebab boleh tahan perangai aku yang macam-macam ni. aku susah nak ‘berlembut’ dengan budak ni sebab tu dia cakap aku ni seorang yang kasar. And dia tak pernah lahh fikir aku ni perempuan gamaknya.

Yang paling best bila aku perkena dia pakai nombor baru call cakap elok-elok, memang sampai sudah la dia tak perasan tu aku . tapi aku  ni bukan jenis kuat ‘dajal’ orang.. kejap ja menipu bagi dia habis terbarai gelak dulu sambil jernihkan otak dia yang dok anggap tadinya dia bercakap dengan ‘gadis melayu terakhir’ kat alam fana ni. perghh.. limited edition tuh !   

siapa kata perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan bahkan sahabat ? ha mai sinih aku buktikan.. nampak bongkak kan ? tapi reality la kott.. aku bukan selalu jumpa dia pun tapi apa guna ada alat telekomunikasi dizaman serba mencabar ni. hahaha .

dia sendiri pernah mengaku, dalam banyak-banyak kawan perempuan dia yang sememangnya sangat banyak tapi dengan aku ja bertahan lama . kenapa? Sebab aku layan dia macam mana aku layan kawan perempuan aku. aku tak pernah nak control bercakap and dia pun agak selesa dengan perkataan yang tak sepatutnya aku sebut such as ‘bodoh’ ‘bangang’ ‘bengong’ ‘gila’ dan banyak lagi... hahaha agak kurang ajar ya tapi dia tak pernah nak marah aku pun... aku anggap ja lah yang dia okay dengan apa yang aku buat. 

Dia ni pun boleh tahan banyak masalah dengan perempuan sekeliling dia dan aku lah tempat dia meluah perasaan bila ada masalah dengan aweksss nyaa.. ha nampak tak kebanyakan tu ? hahaha ...
Kadang-kadang aku bangkang jugak bila ada yang cakap, bila berkawan dengan berlainan jantina ni akan timbul satu perasaan ‘cinta’ tapi kenapa aku tak pernah rasa pun? 
Sikitt pun tak.. bagi aku, kawan tu kawan lah sebab aku tak suka nak fikir apa akan jadi if relationship tu tak menjadi. So kawan tu lagi sweet la . alahai tetiba pulak lah entry aku ni pasal mun tu haa.. kalau dia tau ni mau dia muntah sebaldi ni . terkejut beruk kera kanggaru semua ada lah . lepas tu mula lahbahan aku sebahan-bahannya . padahal terharu . kah kah kah !
 dah la mun, hahahaha

Wednesday, January 22, 2014

pucat itu 'pale'

Assalamualaikum . holla holla hollaaa

Hehee dah kenapa aku entah sehari ni . aku rasa bukan sehari bahkan berhari hari jadi ‘ribena’...

Mungkin sunyi kott, ahaa acah ja ! langsung tak kelakar ! aku okay ja kott, my mom ja yang selalu risau anak perempuan dia ni . sebut pasal my mummy, dia lah yang selalu jadi penasihat tegar aku dalam apa jua yang aku buat sekiranya aku ada depan dia . 
perghh ala ala professional gitu tau . my mom tak suka bila aku keluaq rumah tanpa secalit bedak, aftr tht she’ll nagging at me like bla bla bla then bla bla. 

Yahh !!! My face so pucat if im not wearing bedak. Arghh so ‘perempuan’ right ? i don’t know why, when im so natural like a baby hahaha baby la sangat then mesti ada yang tegur. ‘kenapa pucat? Demam eh ?’ 
and ada jugak ‘kin ni macam sakit ja’ and my face was like ‘orghhh rgheally???’ (ala ala perances gitu)

Pastu pastu aku pun cakap la ... 
‘ahh muka ni mang salu nampak camni nampak cam mengantuk bla bla and bla bla lagi la yang aku ngarutkan’.... aku pun tak tahu lahh.. dah tu da jadi habit pergi kelas kena jugak pakai celak . tahu celak tu lagi membuatkan mata nampak besaq and itu bukan tujuannya, aku cuma nak bagi aku tak nampak pucat . itu aja... thanks celak ! It's been really useful ..hahaha

Kadang kadang aku suka keluaq dengan orang istimewa tanpa secalit bedak . nak tengok apa reaksinya . hahaha suka sungguh natural depan orang yang kita suka. Bukan apa, nanti kalau dah kawen bukan dia nak tengok muka kita dok berbedak sentiasa.
Bila dia terima kita seadanya kita, bertambah la rasa terharu dan melimpah la rasa sayang.. ehh apa mengarut ni .. Erk ? hahaha !!!

Honestly aku suka tengok muka aku tak berbedak dan bercelak serta sebagainya . kah kah kahhh ! suka muka sendiri? agak takleh blah kan? Tapi nak buat macam mana . suka hati la kan . so jangan bagi aku cermin nanti aku mula lahh hmmm . ‘perempuan tetap perempuan’ hehehe...

Okay stop it ara, adeyhh -,-

Monday, January 20, 2014

impian

bismillah...
Impian.... berjuta manusia terlahir dengan impian. termasuk gadis kecil ni . tak terkecuali dengan keinginan dan kemahuan yang tidak terbatas. Aku mahu... tapi aku takut . dengan keinginan aku setinggi itu aku akan sebatang kara kelak tanpa keluarga . aku mungkin dapat membahagiakan kedua orang tua tapi tidak diri aku. kenapa macam tu ? aku sahaja yang perlu tahu...
 
Dengan usia sudah hampir mencecah 22 tahun, aku boleh bilang apa cuma yang aku pernah miliki.. nothing ! hmm.. kerisauan ini tak pernah ada yang nampak sebab tersorok betul betul dalam hati kecil ni. sengaja aku warkahkan dalam blog . even takda pun nak membaca. hehee ..

Aku  jugak risau, mungkin impian aku akan terkubur jika jasadku tidak mampu lagi menanggung usia yang dipinjamkan DIA . aku juga takut, aku tak sempat membahagiakan kedua orang tua aku . terlalu banyak beban yang aku letakkan dibahu dua insan yang paling aku sayang. Andai selonggok jutaan ringgit disebelah bahu kiri, aku lebih memilih dua insan ini jika mereka dibahu kanan. Takkan pernah terganti dengan harta duniawi jika dibandingkan istimewanya mereka. 

Aku tak mampu melihat terlahirnya uban insan-insan istimewa aku yang mula menggantikan rambut yang dulunya hitam. Aku tak boleh fikir untuk kehilangan mereka kerana aku masih belum berjasa sehinggakan jika aku berjasa sekalipun, aku tak mampu untuk kehilangan mereka. Hakikat itu tak dapat aku telan sehingga sekarang.. tapi sudah termaktub , apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti lah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepada kedua ibu-bapanya. Semoga aku tak akan lalai dalam mengingati kedua orang tua ku.. ‘kaklong sayang ummi abah’.... 

untuk ketahap membalas jasa, aku buntu memikirkan idea yang boleh diguna pakai untuk menjadi anak yang berbakti..Kadang perkara yang belum berlaku mengundang keadaan ‘tertanya-tanya’ membuak-buak. Walhal dengan usaha pastu tawakkal la kin. Aku tak tahu bila masa aku boleh bertindak selangkah kerana aku sudah penat merangkak.

Aku sudah penat melihat manusia lain mudah berlari tanpa perlu bertatih . mungkin aku tak patut iri sebegitu, sudah terkarma aku macam ni. ahh merungut pun tak guna. Hang kena tau kin, hidup kat dunia ni bukan macam drama tivi tu. Realitinya pahit tapi kan kin kepahitan ubat ada sembuhnya . hang kena ingat rencana dunia ni punya seribu satu rahsia yang belum aku teroka.. alhamdulillah... InshaaALLAH . dengan izin ALLAH :)