Monday, January 20, 2014

impian

bismillah...
Impian.... berjuta manusia terlahir dengan impian. termasuk gadis kecil ni . tak terkecuali dengan keinginan dan kemahuan yang tidak terbatas. Aku mahu... tapi aku takut . dengan keinginan aku setinggi itu aku akan sebatang kara kelak tanpa keluarga . aku mungkin dapat membahagiakan kedua orang tua tapi tidak diri aku. kenapa macam tu ? aku sahaja yang perlu tahu...
 
Dengan usia sudah hampir mencecah 22 tahun, aku boleh bilang apa cuma yang aku pernah miliki.. nothing ! hmm.. kerisauan ini tak pernah ada yang nampak sebab tersorok betul betul dalam hati kecil ni. sengaja aku warkahkan dalam blog . even takda pun nak membaca. hehee ..

Aku  jugak risau, mungkin impian aku akan terkubur jika jasadku tidak mampu lagi menanggung usia yang dipinjamkan DIA . aku juga takut, aku tak sempat membahagiakan kedua orang tua aku . terlalu banyak beban yang aku letakkan dibahu dua insan yang paling aku sayang. Andai selonggok jutaan ringgit disebelah bahu kiri, aku lebih memilih dua insan ini jika mereka dibahu kanan. Takkan pernah terganti dengan harta duniawi jika dibandingkan istimewanya mereka. 

Aku tak mampu melihat terlahirnya uban insan-insan istimewa aku yang mula menggantikan rambut yang dulunya hitam. Aku tak boleh fikir untuk kehilangan mereka kerana aku masih belum berjasa sehinggakan jika aku berjasa sekalipun, aku tak mampu untuk kehilangan mereka. Hakikat itu tak dapat aku telan sehingga sekarang.. tapi sudah termaktub , apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti lah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepada kedua ibu-bapanya. Semoga aku tak akan lalai dalam mengingati kedua orang tua ku.. ‘kaklong sayang ummi abah’.... 

untuk ketahap membalas jasa, aku buntu memikirkan idea yang boleh diguna pakai untuk menjadi anak yang berbakti..Kadang perkara yang belum berlaku mengundang keadaan ‘tertanya-tanya’ membuak-buak. Walhal dengan usaha pastu tawakkal la kin. Aku tak tahu bila masa aku boleh bertindak selangkah kerana aku sudah penat merangkak.

Aku sudah penat melihat manusia lain mudah berlari tanpa perlu bertatih . mungkin aku tak patut iri sebegitu, sudah terkarma aku macam ni. ahh merungut pun tak guna. Hang kena tau kin, hidup kat dunia ni bukan macam drama tivi tu. Realitinya pahit tapi kan kin kepahitan ubat ada sembuhnya . hang kena ingat rencana dunia ni punya seribu satu rahsia yang belum aku teroka.. alhamdulillah... InshaaALLAH . dengan izin ALLAH :)