Assalamualaikum
Hawaww uols ?
Harap harap semua bahagia
sebahagianya meniti jalan penuh liku ni . hey guys . cer guess apa tajuk i nak
tulis harini . 1 2 3 !!! ok fullstop !
No one knows . hahaha
Ok ok harini entri aku pasal
perempuan. Hehehe .
Kenapa perempuan? Well sudah
terang lagi bersuluh . terang tang tang ini blog and kepunyaan seorang wanita .
ceewaahh !
Aku berbangga jadi perempua
tatkala ramai lelaki berpusu mahu menjadi sebahagian dari kami, hanya kami yang
terpilih untuk menjadi manusia yang dapat menanggung keturunan berikutnya.
Aku
sebenarnya sedih bila mana aku lihat kaum adam yang sepatutnya menjadi tiang
pengukuh sudah runtuh.
Runtuh akhlak runtuh benteng yang sepatutnya kuat untuk
menjaga ahli ahli lemah seperti kami. Begitu istimewanya ‘wanita’ sehingga
mereka mahu menjebakkan diri menjadi seperti kami tapi sayang sejuta sayang mereka
hanya umpama kain buruk yang hanya untuk dialas di lantai .
kenapa begitu
jadinya?
Di mana kekuatan seorang hamba
ALLAH seorang anak adam seorang lelaki sejati?
Impian aku untuk kes sebigini
agar mereka para lelaki yang telah terpesong jauh mula berfikir sejenak akan
masa depan mereka kelak. Fikir akan kehadiran seorang isteri dan anak-anak yang
akan menjaga mereka tatkala mereka menginjak tua.
Fikir akan dosa yang telah
ditanggung selama ini. Berubahlah kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk
hambaNYA yang lalai.
Duhai wanita. Apa khabar ?
Aku tahu, kau para hawa
yang kuat . dalam sendumu masih ditautkan kesabaran walau yang nampak
hanya cuma picisan. Acahnya seakan aku mengetahui seribu satu perangai wanita. Tidak
... kita dilahirkan dengan perbezaan sifat dan kelakuan. Begitu juga aku .
bukannya sempurna mana tapi sebagai hambanya aku bersyukur .
Kadang ada yang sukar memahami kita kan? Pabila datang
keadaan di mana tahap sensitive dikemuncak, tiada yang mengerti. Bukan dipinta
tapi sukarnya dikawal. Aku sendiri tidak mampu mengawal tetapi belajar untuk ke arah lebih baik.
Pabila kita perempuan cuba menjaga diri, tidak kurang
hebatnya akan menge’cop’ sombong. Apakah mereka mahu para wanita berpeleseran dan
mudah didekati?
aku berfikir tidakkah untung para suami mendapat seorang gadis
yang dahulunya mahal dari pandangan kerana dia mampu menjaga dirinya dengan
sebaik mungkin untuk bakal suaminya kelak. Ya semua punya cara pemikiran
berbeza.
Banyak lagi yang boleh aku lempiaskan dalam entri ini tapi buat
setakat ni sampai sini dulu . innshaALLAH nanti ada perasaan aku akan buat
entri baru nak sambung apa yang aku rasa patut sambung...