Friday, October 4, 2013

suatu dulu



assalamualaikum centa :)
ini ceritaku*

Pada waktu itu ia kali kedua aku terdetik suatu perasaan yang aneh. Malam tu aku mula duduk sendirian di luar rumah. Tiba-tiba pintu rumah jiran terbuka, keluar seorang budak lelaki. Dengan senyuman ikhlas dia lemparkan entah kepada siapa. Aku mula melihat gerak tubuhnya berjalan perlahan menuju ke kereta. Dia meletakkan kedua tangannya memegang dan terus berjalan mengelilingi kereta. Aku melihat senyuman dibibirnya. Sedang leka dia berjalan tanpa menyedari ada mata memerhati. Dan sesuatu yang tak mungkin berlaku sekiranya dia tahu aku ada di situ kerana dia seorang BUTA. Aku syahdu memandang dia seakan gembira dapat melangkah setapak dua tanpa bantuan sesiapa. Aku terlalu asyik akan keadaan itu sesampai tidak sedar akan air dingin jatuh menerus tanpa diseka. Aku mungkin sedang menyelami apa yang dia sedang rasa, tapi tidak mungkin aku akan dapat mengerti persis apa yang dia lalui kerana dia lebih mengetahui. Dia yang aku tahu, bukan terlahir dengan kecacatan,  tetapi berlakunya insiden telah membawa dia kepada takdir. Dia diberi masa untuk melihat kecantikan dunia sebelum diragut untuk menguji sang hati agar lebih bersabar. Dia seakan sudah biasa akan keperitan itu. Baru aku tahu, rupanya fikiran aku melayang pada ketika itu adalah kerana pertemuan pertama kali aku dan dia telah mengusik jiwa aku sebentar. Sedang aku mengelamun, kelibat dia mula kelihatan. Ketika itu..


******
Aku termenung, otakku kosong tidak memikirkan apa-apa. Petang itu terlalu cantik untuk tidur. Jadi aku membuat keputusan untuk melihat orang lalu lalang. Mungkin akan menghilangkan kebosanan aku untuk seketika. Mata aku tertarik memandang satu kumpulan yang sedang berjalan. Dalam satu kumpulan, mata aku lebih tertarik kepada seseorang. Aku memandang wajahnya seakan imam muda yang tidak pernah berbuat dosa. Ceh. Siapa yang tidak pernah berbuat dosa? Tapi wajahnya seperti dilimpahi nur. Ketampanan dia akan memukau hati gadis, apatah lagi aku ketika itu yang iman hanya setinggi buku lali. Aku hanya mampu melihat, akan dia berlalu pergi dengan kegirangan terpancar diwajah. Sedang dia melayan kumpulan kanak-kanak yang dia bawa bersiar-siar, mungkin dia menyedari ada yang memerhati terus aku jatuhkan pandangan tanda mengerti. Selepas beberapa bulan, aku mendapat khabar yang dia telah meninggal dunia kerana barah. Aku terdiam dan hanya mampu menghadiahkan al-fatihah kepadanya. Tidak aku duga, senyuman itu adalah penawar dia untuk melawan kesakitannya. Dia lebih memilih untuk terus hidup dengan gembira dari menderita. Dia akur dengan takdir. Allah tahu apa yang terbaik buatnya..