..... apapun yang terjadi hanyalah chapter di dalam bab persinggahan dunia. manusia kadang alpa dengan duniawi bersifat sementara. kesedihan ini hanya lah secebis tanda aku masih lagi bersedia akan kehidupan mendatang. perkara yang hanya diluar jangkaan akan membuatkan kita berfikir sejenak bahkan berfikir secara mendalam. aku terlalu banyak menangisi perkara yang negatif tanpa usul periksa. ya aku manusia biasa. yang mana tamak akan kasih sayang. aku manja, aku manja dengan kasih sayang yang orang lain tak nampak. hati aku sehalus mata pedang yang dibahagi 100 . betapa halusnya. kerana kehalusan itu, aku terluka dengan ketajamannya. luka aku dalam sampai aku sendiri takut berjumpa doktor. aku biarkan ja luka tu. kononnya akan sembuh sendiri. aku silap.. luka tu perlukan doktor yang sama.dimana aku dah berjanji akan menjadi pengubat luka doktor itu jugak. aku dah berada di laluan salah. tapi dia membenarkan aku berada dijalan terus menuju laluan sendiri.
si dia tak nampak, aku seakan baby yang baru bertatih. tapi aku cuba tunjukkan kepada si dia yang aku mampu berlari. kaki aku tak kuat lagi. aku perlukan si dia..lagipun si dia, da berjanji nak jadi sebahagian dari aku. jadi aku ada pembimbing nak belajar terus berjalan dan berlari sekuat hati.sampai tahap itu, aku takkan pun tinggalkan pembimbing aku tu. aku akan bawak dia berlari bersama. tapi.....
aku kata hatiku sehalus pedang dibahagi 100 kan? tau tak.. pedang tu tengah menghiris aku. sakit.. si dia tak nampak tu. aku emosional? ya memang pun. sebab? kau salah satu perkara terpenting dalam hidup aku.. aku memang sukar difahami. kuatkan hati aku untuk menerima hakikat ni. andai ini salah satu lukisan yang aku coretkan, aku akan simpan lukisan ni dalam hati aku. semua tak sempurna. apatah lagi aku. luahan kata ni hanya untuk mengingatkan diri aku tentang sesal aku. kenapa dan kenapa?
cuba ambil tahu mengapa.. aku punya silam. aku punya luka. keadaan sekeliling aku memaksa aku menjadi seorang yang terlalu menjaga. aku mengharapkan penghujung cerita kita kekal sehingga mata kita dipejamkan selamanya. fahamkah kamu? harapan aku setinggi langit. aku dah mula terumbang ambing jatuh perlahan. bila jatuh ketanah, hancur aku. aku susah difahami, aku susah difahami.. tetapi akan menjadi mudah jika kau tau caranya. aku berseni fkiranku bukan ditepi kotak, aku lembut walau kasar zahirnya, aku mudah tersentuh walau aku keras katanya. biarkan aku . andai ini takdirnya. biar kan aku. dengan dunia aku sendiri. tangisan seakan telah diseka. aku bersedia apa pun cara. jika ini yang tertulis, kita sendiri tidak mampu menolak. namun setiap doa ku ada namamu. jika dia, lah jodohku, engkau tautkanlah kembali kami,kau ikatkan kembali tali pertunangan ini, jika dia bukan jodohku, engkau jauhkanlah perasaan sayang dan cinta ini supaya aku dapat melihat hari mendatang kelak.
No comments:
Post a Comment