Monday, September 30, 2013

rindu



assalamualaikum centa...

ermm.. aku terasa syahdu kejap*
terasa ada benda yang hilang..
aku terasa kosong, lama sangat aku bermain dengan kekosongan.
aku baru dapat detect yang sebenarnya aku....... ermmm. aku.... :(
esok 1.10.2013 kan? 
ouh tarikh tu. ya tarikh tu...
aku faham...tak lah.. aku cuba faham...
 ...........................................................................................................
 

Tatkala bayangnya mula menjauh
Timbul penyakit yang menular 
bak barah tangga keempat
Sakitnya bukan kepalang
Ubatnya hanya menahan sakit 
tapi tidak dapat meluputkan penularan
Merebak ke pembuluh darah
Sendi mulai longlai dek keganasan alpa
Aku hanya mahu menyatakan rindu
Sehingga jauh...
jauh berjalan
berjalan meneroka ruang organ
Mungkin sudah tidak terbendung dengan simpan
Mahu meronta diluahkan
Agaknya sudah tidak mahu bertahan
Akhirnya lobosi keluar 
dengan sedan yang bermaharajalela
Menuntut untuk dituntut
Agar sakitnya tidak mula 
melangkah bebas lagi.
Mahu penamatnya bukan terawang
Bahkan perlu terikat dengan tali rapi
Yang mahu dikota kata janji
Suatu dulu jangan akhiri..

Percayalah, ini bukan hanya luahan huruf...

how long it takes?